Saturday, November 14, 2009

Memahami Erti Memberi


BismillahimashALLAH

Allahummasolli'ala Muhammad

BEKORBAN UNTUK UMMAH?

Rasulullah bersabda; "Tidaklah sempurna Iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai diri kamu sendiri" [hadis Riwayat Bukhari].

Hadis Riwayah Bukhari dan Muslim di atas bukan hadis yang asing. Malah tidak diperselisih pula periwayatannya dikalangan muhadithhin. Namun intipatinya bukan senang diserap. Naik turun semangat memberi kesan kepada pengamalan.

Begitu juga takala mendengar nasyid Sami Yusuf berjudul "Anything For You", saya terpempan.

Hati tersentuh, namun terpukul sendiri.

Tidak susah untuk berasa terharu bagi seorang yang berhati sensitif. Tidak payah menulis puisi bagi mereka yang punya nilai sentimental yang tinggi. Tidak sukar menulis lirik bagi mereka yang punya jiwa yang mendalam.

Namun mengamalkan ilmu dan kepercayaan hidup mengutamakan ALLAH lebih dari diri sendiri, itu yang paling payah. Disebabkan itulah sesetengah ulama melarang berseronok-seronok dengan syair atau puisi ANDAI puisi itu menghilangkan FOKUS kepada ALLAH dan AlQuran.

BERAMALKAH AKU?

Setiap kali saya menyampaikan kuliah kepada anak-anak murid saya saya mengkoreksi diri. Oh, hadis ini begitu dan begini. Namun sejauh mana pengamalan diri sendiri?

Bekorban masa dan diri untuk Ummah bukan semudah menutur lafaz. Ia ada pasang surutnya. Sesuai dengan mehnah dunia dan peredaran zaman. Seperti pesan Ibnu 'Athaillah As-Sakandari, untuk kamu mendepani dunia perlu bukan sahaja tahu jalan kamu yang hendak dituju BAHKAN yang wajib malah kita tahu DURI-DURI yang menyimpang atau dalam kata lain, mehnah aka UJIAN.

Dalam memahami erti MEHNAH itulah, ramai yang tidak sampai.

Dalam MENGENALI BENTUK mehnah itu, ramai yang terkeliru.

Duri-duri itu datang dalam pelbagai bentuk.

Diri sendiri -Nafsu yang pelbagai -Keseronokan-Kebaikan-Kebahagiaan-Dunia-Syaitan-Manusia

Begitu banyaknya rupa dan wajah ujian dan mehnah. Mengenalinya perlu guru dan ilmu yang tersusun dan mendalam.

LEBUH RAYA DUNIA & SIMPANG SIUR NAFSU

Ibarat kata Bediuzzaman Said Nursi. Dunia ibarat lebuhraya.

Sepertimana dilebuh raya, di mana jalan sesat dan jalan jauhnya. Begitulah kiranya jalan tarbiyah, dakwah dan penghambaan kita.

Di mana petanya. Di mana jalan jauh dan dekatnya. Perlu diteladani dan difahami metah.

Apa papan tandanya, di mana jalan mati atau bahayanya.

Kita mempelajari teori ilmu. Namun bagaimana mengaplikasi ilmu itu untuk diterima ALLAH dan sampai kepadaNYA perlu ilmu yang berbeza peringkat pula.

TERTIPU

Ramai beribadah, namun tidak khusyu'.

Ramai menjalani tarbiyah, namun membenci tarbiyah itu pula.

Ramai menjalani proses membaiki diri, namun berhenti di tengah jalan.

Ramai mengatakan hanya ALLAH tahu isihatinya , namun tertipu dengan nafsu yang rumit dan besar tipudayanya.

Bagaimana untuk sampai pada ALLAH?

Bagaimana untuk dikatakan benar-benar kita mengutamakan ALLAH?

Bagaimana untuk digariskan kita sudah HANYA memilih ALLAH?

Bagaimana untuk ditelah kita telah mengutamakan apa yang ALLAH mahu dan Redha untuk kita lebih dari apa yang kita inginkan untuk diri sendiri?

Bukan sekali kita-saya tertipu dengan cinta dunia. Malah selalu benar mengutamakan nafsu dan kehendak peribadi dari keutamaan Ummah dan agama.

Bekorban untuk ummah, bukan sekadar retorik. Ia perlu kefahaman tentang liku-liku bekerja untuk agama. Ia perlu istiqomah dan mujahadah. Dua inti yang andai terpisah, betapa banyak sekalipun kefahaman dan semangat, tidak akan ada makna erti ibadah dan kerja.

Dua inti, yang sehingga sekarang saya masih gagal dan belum berjaya sepenuhnya. Masih saya bertatih mendakinya. Namun saya ingat pesan Syeikh Rohimuddin, dua inti ini WAJIB ada bagi seorang salik dan abid. Wajib ada pada manusia. Saya belum berjaya namun saya masih terus mencuba.

Alangkah benarnya kalam di bawah ini:-

"In order to reach his/her goal, the seeker must undergo a great deal of spiritual exercise and hardship. There is one method, however, that guides the spirit rightly. That is, acquiring the heart of one who has given his heart to God, for that heart is the focal point of God's attention."

- Abu Muhammad 'Ali ar-Ramitani al-'Azizan

ROMBONGAN KE PADANG

Minggu lepas suami selamat berlepas ke Padang bersama rombongan Yayasan Amal. Ianya adat biasa bagi mereka yang ingin merasa benar-benar berjuang. Inilah medan menaksir semua yang dipegang dan ditarbiyah suatu masa dulu.

Kami anggap ini medan memberi, dan menguji makna pergantungan dan penyerahan diri sePENUHnya pada ALLAH.

Benar, ia tidak begitu lama namun bagi yang jarang berjauhan ia bukan mudah.

BELAJAR DARI GURU KEHIDUPAN

Di musim-musim tadhiyah yakni pengorbanan yang dipelajari dari kisah besar Nabi ALLAH Ibrahim, saya belajar erti memberi dari ramai orang dan sudut yang pelbagai. Terima kasih kepada guru-guru saya yang datang dalam pelbagai bentuk samada manusia atau alam ciptaan ALLAH. Samada kawan ataupun lawan.

SDC10762

SDC10780

SDC10783

SDC10791

SDC10784

SDC10842

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal