Monday, September 6, 2010

Kunjungan Muhibbah ke rumah Ulama Tersohor

Peserta kembara Ramadhan PDS telah diberi peluang untuk mengadakan kunjungan muhibah ke rumah Tuan Guru. Majlis pertemuan itu ringkas tetapi memberi makna yang mendalam kepada semua peserta. Nasihat dan amanah yang telah disampaikan oleh Tuanguru amat bermakna sekali sebagai persiapan menjadi seorang pendakwah.

Kempen Derma Darah bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun ini meneruskan lagi kebajikan tahunannya dengan mengadakan kempen derma darah. Kempen ini adalah kerjasama dari Unit Tabung Darah HSNZ dan Masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Bermula dengan Masjid Pengadang Baru (15 Ogos 2010) dan diikuti dengan Masjid Taqwa Batu Enam (24 Ogos 2010), Masjid Titian Baru (26 Ogos 2010), Masjid Wakaf Tembesu (28 Ogos 2010) dan Masjid Rusila (4 Ogos 2010) Setakat ini sejumlah melebihi 150 pint darah telah dapat dikumpulkan. Satu lagi Masjid yang dalam perancangan untuk kempen ini adalah Msjid Kg Batin, Seberang Takir pada 7 Ogos 2010 nanti. Orang ramai dijemput hadir bagi menderma.

Friday, September 3, 2010

Kembara Ramadhan berkunjung ke Kuliah Ilmu Masjid Rusila

Peserta kembara Ramadhan PDS telah diberi peluang untuk mendengar sendiri kuliah pagi jumaat yang telah disampaikan oleh ulama tersohor, Hj Abdul Hadi Awang. Sebaik sahaja solat jumaat kembara Ramadhan PDS mengadakan kunjungan muhibah ke rumah Tuan Guru tersebut. Majlis pertemuan itu ringkas tetapi memberi makna yang mendalam kepada semua peserta. Nasihat dan amanah yang telah disampaikan oleh Tuanguru amat bermakna sekali sebagai persiapan menjadi seorang pendakwah.

Thursday, September 2, 2010

Majlis perasmian iftar jamai bersama anak yatim

Majlis perasmian iftar jamai disempurnakan oleh YB Hj Abdul Hadi Awang, merangkap Ahli Parlimen Marang. Seramai 700 anak yatim telah menerima sumbangan dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.

Wednesday, September 1, 2010

Peserta Kembara Ramadhan Pelajar Pusat Dakwah Serantau Mengadakan Lawatan ke Taman Shah Bandar

Pelajar PDS telah dibawa melawat ke Taman Shah Bandar dan Istana Maziah, Kuala Terengganu. Sekurang-kurangnya melepaskan penat dan lelah sepanjang perjalanan.

Kembara ramadhan Pusat Dakwah Serantau (PDS) 1431H ke Terengganu

Kembara ramadhan pelajar dari pusat dakwah serantau ke Terengganu bermula hari ini hingga 4 sept nanti. Program pertama adalah lawatan sambil belajar ke Qudqi

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal