Wednesday, September 28, 2011

Qurban/Aqiqah Mindanao di Marawi City

Pada tahun ini, Amal Terengganu diberi amanah untuk mengadakan program kebajikan Qurban/Aqiqah di Mindanao, Selatan Filipina. Tahun ini kita akan menjalani ibadah qurban/aqiqah di Marawi City. Kisah Selatan Filipina tidak disebut dalam aman-mana akhbar dan penderitaan mereka tidak diketahui umum.
Kepada orang ramai yang ingin menjadi peserta sila hubungi kami dengan segera.

Monday, September 19, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Amal Terengganu

Satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Mesyuarat kali ini membincangkan persiapan Program Qurban Aqiqah bagi sesi ini. Buat kali ketiga, Amal Terengganu diamanahkan untuk menjadi wakil Qurban Aqiqah di Selatan Filipina, Mindanao.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, September 13, 2011

Qurban/Aqiqah Mindanao 2011

Qurban Mindanao 2011Pada tahun ini Yayasan Amal Malaysia sekali lagi menganjurkan program Qurban/Aqiqah ke seluruh pelusuk dunia. Aceh, Vietnam, Selatan Thai, Komboja, Laos, Sri Langka, Mindanao, Sudan dan Somalia adalah destinasi Yayasan Amal Malaysia pada tahun ini.
Yayasan Amal Terengganu pula diberi tugasan khas untuk menjalankan khidmat komuniti ini ke Mindanao. Kali ini Amal Terengganu akan ke Marawi City, salah satu bandar terbesar dan majoriti muslim. Kepada muslimin muslimat yang ingin ikut serta qurban atau aqiqah ini sila hubungi saya dengan segara. Borang penyertaan adalah seperti link berikut. http://yamterengganu.blogspot.com/2009/09/permohonan-qurban-aqiqah-online.html

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal