Saturday, December 14, 2013

Amal Terengganu berangkat ke sempadan Jordan-Syiria

Alhamdulillah... Operasi banjir Yayasan Amal malaysia Cawangan Terengganu hampir mencapai sasaran. Kini sedang menumpukan Projek Memberi Bantuan kepada Pelarian Syria di Jordan.

Alhamdulillah...tiket ke Jordan telah diperolehi. Sekarang masa untuk menggempur dan merayu seluruh penderma budiman untuk bersama menyumbang kepada saudara kita di Jordan (SYRIA).

Cuba bayangkan, kalau setiap yang membaca Rayuan ini menyumbang RM 10 sahaja... Saya sendiri mempunyai 2500 friends....maknanya insyallah Friends saya akan menyumbang RM 25 000 untuk saudara Syria kita di Jordan. Kalau setiap Friends saya share pulak kepada Friends mereka.... Insyallah RM 100 000 akan berjaya di pungut..... Mungkin RM 10 bagi anda tiada nilainya...tapi SANGAT BERMAKNA bagi saudara Syrian kita di Jordan...Bantulah mereka demi SEBUAH KEHIDUPAN.

Jordan sedang dilanda musim Salji yang paling teruk dalam sejarah. Menyumbanglah kepada tabung Syria di Bank Islam 130 170 182 4108 Atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. 



www.facebook.com/amalterengganu


Sunday, December 8, 2013

Bantuan Barangan Harian dan Baju Persekolahan Amat diperlukan

Suasana banjir di kemaman semakin memilukan. Ramai mangsa "Crying for Help!". Ramai yang datang mengadu bahawa mereka menjadi mangsa dan hidup sehelai sepinggang. Rumah habis ditenggelami banjir. Kereta rosak, pakaian dan rumah kotor penuh dengan lumpur.
Tiada bahasa lain yang boleh kami gambarkan.
Pihak Yayasan Amal Malaysia telah membuka satu pusat pengumpulan di Kemaman.

Thursday, December 5, 2013

Banjir semakin parah, bantuan anda diperlukan

Situasi banjir di seluruh Terengganu semakin membimbangkan. Berita yang baru diterima menyatakan seluruh  Kampung Air Putih Kemaman telah tenggelam. Semua mangsa sudah dipindahkan di tempat yang selamat. Beberapa jalan utama di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu juga terputus.  Tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terbabit. Kami menasihatkan seluruh rakyat Terengganu mengawasi harta, dokumen penting dan keluarga dari terlibat dalam sesuatu bencana yang tidak diingini.   Sehubungan dengan itu juga, bantuan segera telah diaturkan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu untuk disampaikan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Jabatan Amal setiap kawasan yang terbabit. Semoga dengan sedikit sumbangan yang akan disampaikan itu, akan mengurangkan beban mereka yang menanggung musibah ini. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu juga dengan ini melancarkan kutipan derma banjir. Kami memohon seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia amnya yang prihatin bersama-sama merasai lapar dan dahaga dalam kesejukan musim banjir ini, untuk menghulurkan sedikit bantuan yang termampu. InsyaAllah semua kutipan tersebut akan diserahkan kepada mangsa yang terbabit. Sayugia Segala bentuk sumbangan dimasukkan ke akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu bernombor 513014036939.  Segala maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Pengerusi Amal Negeri Terengganu Dr Hj Suhazeli bin Abdullah (0199563653 / suhazeli@yahoo.com) atau Bendahari En Wan Azhar Sulaiman (0129810956) Dr Haji Suhazeli Abdullah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia  Cawangan Terengganu

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal