Saturday, November 14, 2009

Memahami Erti Memberi


BismillahimashALLAH

Allahummasolli'ala Muhammad

BEKORBAN UNTUK UMMAH?

Rasulullah bersabda; "Tidaklah sempurna Iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai diri kamu sendiri" [hadis Riwayat Bukhari].

Hadis Riwayah Bukhari dan Muslim di atas bukan hadis yang asing. Malah tidak diperselisih pula periwayatannya dikalangan muhadithhin. Namun intipatinya bukan senang diserap. Naik turun semangat memberi kesan kepada pengamalan.

Begitu juga takala mendengar nasyid Sami Yusuf berjudul "Anything For You", saya terpempan.

Hati tersentuh, namun terpukul sendiri.

Tidak susah untuk berasa terharu bagi seorang yang berhati sensitif. Tidak payah menulis puisi bagi mereka yang punya nilai sentimental yang tinggi. Tidak sukar menulis lirik bagi mereka yang punya jiwa yang mendalam.

Namun mengamalkan ilmu dan kepercayaan hidup mengutamakan ALLAH lebih dari diri sendiri, itu yang paling payah. Disebabkan itulah sesetengah ulama melarang berseronok-seronok dengan syair atau puisi ANDAI puisi itu menghilangkan FOKUS kepada ALLAH dan AlQuran.

BERAMALKAH AKU?

Setiap kali saya menyampaikan kuliah kepada anak-anak murid saya saya mengkoreksi diri. Oh, hadis ini begitu dan begini. Namun sejauh mana pengamalan diri sendiri?

Bekorban masa dan diri untuk Ummah bukan semudah menutur lafaz. Ia ada pasang surutnya. Sesuai dengan mehnah dunia dan peredaran zaman. Seperti pesan Ibnu 'Athaillah As-Sakandari, untuk kamu mendepani dunia perlu bukan sahaja tahu jalan kamu yang hendak dituju BAHKAN yang wajib malah kita tahu DURI-DURI yang menyimpang atau dalam kata lain, mehnah aka UJIAN.

Dalam memahami erti MEHNAH itulah, ramai yang tidak sampai.

Dalam MENGENALI BENTUK mehnah itu, ramai yang terkeliru.

Duri-duri itu datang dalam pelbagai bentuk.

Diri sendiri -Nafsu yang pelbagai -Keseronokan-Kebaikan-Kebahagiaan-Dunia-Syaitan-Manusia

Begitu banyaknya rupa dan wajah ujian dan mehnah. Mengenalinya perlu guru dan ilmu yang tersusun dan mendalam.

LEBUH RAYA DUNIA & SIMPANG SIUR NAFSU

Ibarat kata Bediuzzaman Said Nursi. Dunia ibarat lebuhraya.

Sepertimana dilebuh raya, di mana jalan sesat dan jalan jauhnya. Begitulah kiranya jalan tarbiyah, dakwah dan penghambaan kita.

Di mana petanya. Di mana jalan jauh dan dekatnya. Perlu diteladani dan difahami metah.

Apa papan tandanya, di mana jalan mati atau bahayanya.

Kita mempelajari teori ilmu. Namun bagaimana mengaplikasi ilmu itu untuk diterima ALLAH dan sampai kepadaNYA perlu ilmu yang berbeza peringkat pula.

TERTIPU

Ramai beribadah, namun tidak khusyu'.

Ramai menjalani tarbiyah, namun membenci tarbiyah itu pula.

Ramai menjalani proses membaiki diri, namun berhenti di tengah jalan.

Ramai mengatakan hanya ALLAH tahu isihatinya , namun tertipu dengan nafsu yang rumit dan besar tipudayanya.

Bagaimana untuk sampai pada ALLAH?

Bagaimana untuk dikatakan benar-benar kita mengutamakan ALLAH?

Bagaimana untuk digariskan kita sudah HANYA memilih ALLAH?

Bagaimana untuk ditelah kita telah mengutamakan apa yang ALLAH mahu dan Redha untuk kita lebih dari apa yang kita inginkan untuk diri sendiri?

Bukan sekali kita-saya tertipu dengan cinta dunia. Malah selalu benar mengutamakan nafsu dan kehendak peribadi dari keutamaan Ummah dan agama.

Bekorban untuk ummah, bukan sekadar retorik. Ia perlu kefahaman tentang liku-liku bekerja untuk agama. Ia perlu istiqomah dan mujahadah. Dua inti yang andai terpisah, betapa banyak sekalipun kefahaman dan semangat, tidak akan ada makna erti ibadah dan kerja.

Dua inti, yang sehingga sekarang saya masih gagal dan belum berjaya sepenuhnya. Masih saya bertatih mendakinya. Namun saya ingat pesan Syeikh Rohimuddin, dua inti ini WAJIB ada bagi seorang salik dan abid. Wajib ada pada manusia. Saya belum berjaya namun saya masih terus mencuba.

Alangkah benarnya kalam di bawah ini:-

"In order to reach his/her goal, the seeker must undergo a great deal of spiritual exercise and hardship. There is one method, however, that guides the spirit rightly. That is, acquiring the heart of one who has given his heart to God, for that heart is the focal point of God's attention."

- Abu Muhammad 'Ali ar-Ramitani al-'Azizan

ROMBONGAN KE PADANG

Minggu lepas suami selamat berlepas ke Padang bersama rombongan Yayasan Amal. Ianya adat biasa bagi mereka yang ingin merasa benar-benar berjuang. Inilah medan menaksir semua yang dipegang dan ditarbiyah suatu masa dulu.

Kami anggap ini medan memberi, dan menguji makna pergantungan dan penyerahan diri sePENUHnya pada ALLAH.

Benar, ia tidak begitu lama namun bagi yang jarang berjauhan ia bukan mudah.

BELAJAR DARI GURU KEHIDUPAN

Di musim-musim tadhiyah yakni pengorbanan yang dipelajari dari kisah besar Nabi ALLAH Ibrahim, saya belajar erti memberi dari ramai orang dan sudut yang pelbagai. Terima kasih kepada guru-guru saya yang datang dalam pelbagai bentuk samada manusia atau alam ciptaan ALLAH. Samada kawan ataupun lawan.

SDC10762

SDC10780

SDC10783

SDC10791

SDC10784

SDC10842

Thursday, October 22, 2009

Rombongan YAYASAN AMAL MALAYSIA cawangan Terengganu ke Padang, Indonesia

20hb Okt 2009 – Sekumpulan 6 orang petugas dari Yayasan Amal Terengganu telah bertolak ke Pariaman, Padang, Indonesia bermula dari 15hb Okt 2009 selama 4 hari, bagi misi k
emanusiaan setelah bumi Minang tersebut dilanda kegoncangan gempa bumi pada kekuatan 7.6 S.R pada 30hb September 2009 baru-baru ini.

Kumpulan kedua dari Yayasan Amal Malaysia ini telah diberikan tugasan untuk membantu mencapai sasaran menyediakan 12 telaga sumber air bersih yang sangat – sangat diperlukan
oleh masyarakat yang ditimpa musibah kepada beberapa buah kampung dipersekitaran POSKO di kampong Lubuk Pandan yang menjadi pusat operasi kami disana. Dengan kepakaran teknologi penyediaan “tube-well” yang banyak dipraktikkan dinegeri Kelantan & Terengganu, Yayasan Amal Malaysia berkeyakinan, keperluan mendesak kepada sumber bekalan air bersih itu dapat dipenuhi.


Diantara kampong yang berjaya disiapkan sumber air bersih itu adalah Kampung Lubuk Pandan, Kampung SiGaung, Kampung Segenting, Kampung Penyalai dan Kampung Teluk Asam. Tidak dapat digambarkan, kegembiraan bagi penduduk setempat apabila setiap kali kerja – kerja mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan mereka siap diusahakan.

“Kami merasa puas apabila setiap satu telaga disiapkan disambut dengan gembira oleh
penduduk kampung, walaupun badan kami keletihan” ujar Mohamad dari Dungun yang mana penggalian telaga kaedah ini sudah tidak asing bagi dirinya di Dungun, Terengganu.

Bagi En Zaradi Bin Su, 44 tahun, beliau merasa amat berterima kasih kepada kesemua penyumbang – penyumbang yang telah berderma melaluinya sebelum beliau
berangkat mengikuti misi Yayasan Amal Terengganu ke Padang. “ Banyak yang telah dimanfaatkan hasil sumbangan orang ramai, antaranya pembelian peralatan, paip, pam air dan keperluan – keperluan lain”, ujarnya.


Pada hari keempat misi kedua Yayasan Amal disana, satu program bersama masyarakat setempat telah disusun untuk majlis pengagihan selimut dan sumbangan makanan kepada kanak – kanak. Dalam majlis itu juga, penduduk disitu telah dimaklumkan dengan usaha kami bagi menyegerakan penggalian telaga air bersih dan kerja – kerja kaunseling kepada pelajar di Sekolah – sekolah. Berkebetulan juga, di lokasi majlis
tersebut, terdapat sebuah telaga yang siap
dibina telah menjadi ikon perasmian “sumur bor” (Tube-well) Yayasan Amal Malaysia.

“Dianggarkan, tidak kurang dari 200 orang penduduk telah mengambil kesempatan menerima sumbangan derma dari kami, rata – rata mereka meluahkan rasa amat bersyukur dan tidak henti – henti mengucapkan terima kasih kepada kami, ini sekaligus, menolak provokasi pihak
media tentang adanya konfrontasi antara Malaysia – Indonesia. Kami diberi layanan dan kerjasama yang baik dari kesemua penduduk yang ditemui”- ulas Wan Adib dari Paka.
Dalam majlis yang diadakan pada sebelah petang hari kempat operasi itu, Selimut, Sarung dan beberapa jenis makanan keperluan telah selamat diagihkan kepada lebih 200 orang penduduk. Rombongan bertolak kembali ke tanahair pada 20hb Oktober 2009, Selasa.

Monday, October 5, 2009

Kenyataan Akhbar Presiden Amal Malaysia


Yayasan Amal Malaysia atau AMAL MALAYSIA) adalah diantara NGO “charity and relief” yang menerima amanah dari Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia di dalam menggerakkan misi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula kawasan konflik Gaza, Palestin. Yayasan Amal mjuga turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan di hampir semua kawasan konflik dan bencana besar di rantau ini seperti di Indonesia, Sri Langka, Bangladesh, Lubnan, Iran, Myanmar Thailand, Pakistan, Kashmir, China, dan Mindanao disamping program korban di kawasan miskin tegar di 12 negara serantau. Tidak ketinggalan tentunya khidmat kemanusiaan dan kemasyarakatan di negara sendiri, Malaysia tercinta.

Hari ini dunia digemparkan dengan bencana besar yang melanda di beberapa kawasan di rantau ini seperti taufan Ketsana di Manila dan gempa besar di Padang, Sumatera serta Samoa. Di Padang, Sumatera, lebih 2000 yang disahkan mati dan lebih 4000 masih hilang atau terperangkap. Ribuan rumah kediaman dan bangunan ranap dan musnah. Ratusan ribu yang hilang tempat tinggal, tercedera, hilang mata pencarian, bergelap terputus bekalan makanan, letrik danbekalan air bersih.

Pasukan bentuan pertama AMAL MALAYSIA di Padang dihari kedua bencana terus di sana sehinggga sekarang diikuti pasukan kedua pada Sabtu 3 Oktober dan pasukan ketiga akan berlepas pada 7 Oktober 2009. Mereka terdiri daripada medic team, logistic dan sosial kaunselor.Alhamdulillah, kami bekerja sepasukan bersama workers Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia dan Persatuan Muamalat Indonesia dan turut disertai oleh beberapa rakan NGO daripada Turkey dan Eropah. Missi bantuan kemanusiaan Yayasan lebih tertumpu kepada bidang perubatan (medic team), bantuan makanan, khemah penginapan sementara dan bekalan air bersih. Dua team teknikal bekalan air bersihakan berlepas pada hari sabtu terdekat ini (10 Oktober 2009).

AMAL Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Namun, kami ingin terus merayu rakyat Malaysia yang prihatin, orang-orang perseorangan, badan-badan swasta, organisasi-organisasi masyarakat, masjid dan lain-lain untuk terus menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang sedang menerima ujian Allah, kesempitan dan ancaman maut di Padang, Sumatera sekarang ini.

AMAL Malaysia berbesar hati menawar diri menjadi perantara dari masyarakat Malaysia prihatin dengan mangsa bencana yang malang ini dan kepada tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkihdmat boleh berhubung dengan ibu pejabat kami di 127-2, Jalan SBC 1, Taman Seri Batu Caves, Selangor atau menalifon di talian +603 61874382 atau hubungi terus kami, Hj Hussin Ismail (Presiden) +6019 9511860, Hj Jamuliddin Hj Elias (Timb Presiden, Ketua Bantuan Kemanusiaan) +6019 6644796 / +6281376652890 (local phone Padang), Dr Rani (Ketua Relief) +6013 9279256 atau Hj Zaman (Bendahari) +6019 9831927.

Akaun Yayasan Amal Malaysia adalah :

MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090

Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715

Hongkong & Shanghai Bank (HSBC) No: 001057884021

Sekian, Wasalam.Terima Kasih.

Haji Husin Ismail

Presiden

Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia)

Monday, September 28, 2009

Sekitar Majlis Iftar Amal Terengganu Bersama Anak Yatim

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Majlis Iftar Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang telah diadakan pada 27 Ramadhan bersamaan 17 September 2009 di Masjid Pengadang Baru telah berjalan dengan baik walaupun sedikit kelang kabut.... maklumlah pertama kali diadakan.

Sunday, September 13, 2009

Rayuan Dana Hari Raya Untuk Anak-anak Yatim Terengganu


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyeru dan merayu kepada semua muslimin dan muslimat untuk berebut2 berbuat kebajikan kepada anak-anak Yatim Terengganu. Sebagai perantara, Amal Terengganu menyeru kepada semua.... perpanjangkan kepada kenalan kita.... Semoga ianya manjadi jariah untuk di bawa ke akhirat nanti......

Program ini akan diadakan pada 27 Ramadhan ini bertempat di Masjid Pengadang Baru, Jalan Kuala Berang.

Sekiranya terdapat lebihan derma... Duit tersebut akan digunakan sebagai Dana untuk penubuhan Rumah Anak-Anak Yatim di mana terdapat 2 kawasan tanah yang sedia menjadi kawasan Rumah Anak-anak Yatim....

Tuesday, August 11, 2009

Monday, August 10, 2009

Monday, July 27, 2009

Gambar Kenangan Peserta Brain Storm Yayasan Amal Malaysia di Langkawi


Selamat Tinggal Langkawi..... Semoga segala yang dirancang di sini aan mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.....

Saturday, July 25, 2009

Majlis Penutup Percambahan Minda Amal Malaysia

Presiden mengucapkan ribuan terima kasih dan kesyukuran dengan berjayanya progran Brain Storm Yayasan Amal Malaysia (AMala Malaysia) di Langkawi. Majlis bermula pada jam 11.50 pagi dan didahului dengan majlis penyampaian sijil penyertaan. Bertapak Glokal Berkembang Global...... Semoga ianya menjadi Realiti.....



Wakil Terengganu ( Cikgu Fauzi, Naib Pengerusi 1 Amal Terengganu ) menerima Sijil Penyertaan kepada wakil Amal Terengganu.

4 Peraturan Syarat Brain Storm (Percambahan Minda )

Untuk menjalankan sebarang Percambahan Minda, terdapat 4 perkara asas yang mesti difahami supaya program percambahan minda yang sebenarnya akan berlaku dan mendapatkan hasil yang terbaik...

Perkara 1

Percambahan minda mestilah mengutamakan kuantiti dan bukannya kualiti. Semakin ramai peserta adalah semakin baik. Perbagai lapisan, kumpulan dan peringkat umur adalah semakin baik.

Perkara 2

Peserta diminta dan sepatutnya dibenarkan untuk melepaskan sebarang buah fikiran tanpa sebarang halangan. Benarkan semua peserta untuk menyebut apa sahaja dan apa sahaja yang terlintas.

Perkara 3

Membina idea-idea baru berdasarkan daripada idea-idea yang telah dicetuskan dan yang diperolehi.

Perkara 4

Dilarang untuk membuat sebarang penilaian awal dan tidak juga dibenarkan untuk mengkritik sebarang lontaran idea.

Kertas Kerja 2 : panduan Menetapkan Objektif & Strategi Bagi Mencapai Visi & Misi Amal Malaysia

Ceramah disampaikan oleh : Dr. Hj. Sobri Osman ( Ceo Kulim Hi-Tec

Bermula pada jam 2.00 ptg, cermah telah dijalankan. Banyak perkara2 penting yang baru diketahui oleh kami berkenaan dengan prasyarat Brainstorming.

Sebenarnya ada 4 Syarat utama Untuk dijalankan Brainstorming. Akan dimaklumkan di sesi akan datang.....

Friday, July 24, 2009

Bermulalah Sumbang Saran YAM

Majlis Sumbang Saran YAM telah bermula pada jam kira-kira 11 pagi. Walaupun terpaksa dibuat secara santai di tepi pantai kerana Dewan masih digunakan oleh satu kumpulan lain... tetapi nampaknya agak ceria.

Presiden Yayasan Amal Malaysia sedang berucap membentangkan Kertas Kerja " Visi & Misi " Yayasan Amal Malaysia....


Kelihatan YB Datuk Mahfuz Omar, singgah sebentar dan bersantai bersama peserta Brain Storm.



Sebahagian daripada peserta yang hadir....

Selamat Datang Kepada Semua Peserta ke Langkawi


Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, rombongan Amal Terengganu telah selamat tiba di Pulau Langkawi pada kira-kira jam 6.40 petang. Rombongan kami di bawa ke CD Motel dengan menaiki 2 buah van vannet. Insyallah esok, program akan bermula pada jam 10.30 pagi. Semoga semua program akan berjalan dengan baik dan tanpa halangan.... amin....

Thursday, July 23, 2009

Sumbang Saran Exco Tertinggi dan Ketua Unit Biro di Langkawi

Seramai 6 orang Exco Amal Terengganu akan menghadiri satu siri Sumbang Saran (Brain Storm ) anjuran Yayasan Amal Malaysia bertempat di Langkawi bermula dari 25 Julai 2009 sehingga 26 Julai 2009. Update mengenainya akan di laksanakan oleh NP 1. Jumpa di sana.

Sunday, July 19, 2009

Ceramah Jambori Amal Terengganu 2009




















KUALA BERANG, 18HB Julai 2009:
Pengerusi Amal Terengganu telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Asas Pertolongan Cemas' kepada peserta Unit Amal yang mengadakan Jambori Amal tahunan peringkat negeri Terengganu baru-baru ini.
Ceramah tersebut menyentuh mengenai peri pentingnya asas pertolongan cemas kepada semua anggota unit amal yang saban hari bertugas dilapangan. Penekanan yang diberikan dalam ceramah tersebut adalah kaedah CPR dan bantu mula orang yang tercekik.
Pengarah Unit Amal Terengganu, Sdr Saiful Ambiya Darusa akan menjemput kembali Yayasan Amal Terengganu untuk memberikan satu kursus khas untuk melengkapkan diri setiap anggota amal mengenai asas pertolongan cemas secara lebih terperinci.

Saturday, July 11, 2009

Takziah Ust Bob di atas Kepulangan Ayahanda Tercinta.....

Al- Fatihah....
Semoga roh ayahanda tercinta damai di sana bersama golongan yang mendapat Rahmat dan Ehsan dari ALLAH. Semoga pemergian ini tidak menghalang geraklangkah Ustaz untuk meneruskan perjuangan ini dengan lebih baik..... Maaf lewat ucapkan... sebab baru tahu....... Al-Fatihah....

Laporan Aktiviti Setiap Biro @ Takwim Tahunan...

Semua Ketua Biro diminta mengemailkan segera Laporan aktiviti atau Takwim Tahunan Biro masing-masing secepat yang mungkin kepada Naib Presiden 1, Cikgu Fauzi di mfauzi_72@yahoo.com ATAU mfauzi72@gmail.com untuk dimasukkan ke dalam blog Amal Terengganu. Tolong cc kan email anda kepada Setiausaha untuk simpanan.... terima kasih.... kalau ada gambar, sila emailkan sekali untuk dimasukkan ke dalam blog....

Sumbang Saran Exco Tertinggi dan Ketua Unit Biro di Langkawi

Semua Exco Tertinggi Amal Terengganu dan Ketua Unit dijemput untuk hadir dalam majlis Sumbang Saran Yayasan Amal Malaysia yang akan diadakan di Langkawi pada 25 dan 26 Julai 2009.

Untuk pengesahan, sila hubungi Pengerusi dan Setiausaha dengan segera...

Wednesday, May 13, 2009

SENARAI JAWATANKUASA YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU 2009-2011

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Yayasan AMal Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan mesyuarat pada 7 Mac 2009. Seramai 11 orang jawatankuasa telah dipilih di dalam pemilihan tersebut. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (Amal Terengganu);



Pengerusi : Dr Suhazeli Bin Abdullah

T. Pengerusi : Nordin Bin Mahmood
N. Pengerusi 1 : Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah

N. Pengerusi 2 : Wan Hanif Bin Wan Embong

N. Pengerusi 3 : Rosemunainah Binti Noor Asmuni

Setiausaha 3 : Berhanundin Bin Abdullah

P. Setiausaha : Razali Bin Mat Yunus

Bendahari : Mustafa Bin Ismail

Senarai Biro Amal Terengganu

1. Biro Hubungan Luar dan Antarabangsa :
Mohd Nordin Bin Mahmood

2. Biro Penyelamat :

Saiful Anbiya Bin Darusa

Suhaimi Bin Mohd

3. Biro Sosial, Belia dan Remaja :

Mohamad Fauzi Bin Abu Samah

4.Biro Teknologi Maklumat :

Dr. Suhazeli Abdullah

5. Biro Urusetia dan Keahlian :

Berhanundin Bin Abdullah

Razali Bin Mat Yunus

6. Penerbitan :

Wan Shukairi Abdullah

7. Biro Ekonomi :

Che Salmi Bin Ibrahim

Mustafa Ismail


8. Biro Perubatan, Kesihatan dan Relief :

Dr. Salman


9. Biro Korban dan Kebajikan :

Ismail Bin Haron

Alias Bin Bakar

10. Biro Pendidikan dan Dakwah :

Ust. Khalil Bin Abdul Hadi

11. Biro Pembangunan Sumber Manusia :

Hj Mohd Bin Deraman


12. Biro Kajian dan Pembangunan :

Nawawi Bin Sulong

Saturday, May 9, 2009

SUMBANG SARAN @ BRAIN STORM YAYASAN AMAL TERENGGANU

Alhamdulillah, pada hari ini, Amal Terengganu akan mengadakan satu Brain Storm (BS) untuk membincangkan Halatuju dan pergerakan Amal Terengganu sebagai sebuah NGO. Insyallah, Jawatankuasa Amal Terengganu yakin, kami akan mampu menjadi sebagai sebuah NGO di Terengganu yang disegani dan dihormati.





Kelihatan Peserta khusyuk mendengar Ucapan Perasmian oleh Presiden Amal Malaysia.







Program telah dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan disertai oleh seramai 24 orang Exco dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Terengganu.

Majlis Perasmian Brain Storm telah disempurnakan oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia, Cikgu Hussin Ismail.





Perasmian dilakukan oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia, Cikgu Hussin Ismail.




Seramai 5 orang muslimat turut hadir di dalam BS ini.

Saturday, April 25, 2009

Senarai Jawatankuasa YAM 2009-2011

SENARAI JAWATANKUASA PUSAT YAYASAN AMAL MALAYSIA SESI 2009-2011

Tahniah kepada semua yang terlantik. Ingat, Amanah adalah suatu yang perlu dijalankan dan bukan dibanggakan.....

Presiden : Tn Hj Hussin Ismail ( menang tanpa bertanding)
T. Presiden : Tn Hj Jamuliddin Bin Elias
N. Presiden 1 : YB Dr Hj ABdul Rani Bin Osman
N. President 2 : YB Dr Mohd Hamdan Bin Khalid
N. President 3 : YB Dr. Halimah Ali Binti Abdullah
6 orang Ajk :
1. Abd Hamid Bin Seman
2. Hj Zaman Bin Abdullah
3. Mohd Misbahul Munid Bin Masduki
4. Jamsari Marsom
5. Azri Bin Mohd Aris
6. Prof Hashimi Bukhari

Friday, April 24, 2009

YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU MENANG ANUGERAH

Tahniah....Tahniah....Tahniah.....

Itulah yang boleh diucapkan oleh MAMPAT dengan penganugerahan Negeri Terbaik kutipan sumbangan Derma Gaza, Palestin.

Kelihatan Naib Presiden YAMT menerima cenderahati daripada Ust. Hassan kerana menang anugerah Penyumbang Terbaik Rayuan Gaza....









Akhirnya segala kerjasama MAMPAT dan YAMT berhasil menyumbangkan sumbangan kepada Saudara kita di Palestin sebanyak RM 340,000

Mesyuarat Agong Dwitahunan Yayasan Amal Malaysia ke-5

Detik bersejarah Yayasan Amal Malaysia kerana berjaya menyempurnakan mesyuarat agong dwitahunan ke lima pada hari ini (25hb April 2009). YAM sekali lagi maju setapak dengan mendepani masa depan yang penuh cabaran. Seperkara yang menjadi harapan bagi saya ialah YAM semestinya meletakkan hala tuju yang jelas dalam dalam perjuangan. Jika kebajikan dan kemanusiaan diutamakan, maka tetapkanlah dengan matlamat itu. Jangan lari dari landasan itu.

Tuesday, April 21, 2009

Di mana Adik Nurhidayah Binti Surip


Terima email dari sahabat

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya Nurhidayah Binti Surip

(umur 11 tahun)

yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim

HEP Politeknik Johor Bahru

0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

.. juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

Saturday, March 14, 2009

AMAL MALAYSIA antara NGO yang dipilih untuk membantu rakyat Palestin

PUTRAJAYA, 18 Feb. 2009 (AMAL) - Kementerian Luar Negeri di bawah kepimpinan YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah mengambil langkah bijak dengan mengadakan mesyuarat bersama NGO (yang telah mengadakan khidmat kepada rakyat Palestin di Gaza), di pejabatnya, Kementerian Luar Negeri,Wisma Putra.

Beliau menjelaskan tujuan mesyuarat bersama ini diadakan ialah, bagi mendapat gambaran sebenar di bumi Gaza, Palestin serta mencari kaedah yang lebih berkesan dan bersistematik bagi tujuan penyaluran bantuan dana sebanyak RM18 juta yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia kepada golongan sasar di Palestin.

Sample Image

YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim ketika mempengerusikan mesyuarat bersama mengenai pemberian bantuan kepada rakyat Palesti di Gaza, di pejabatnya.

Satu Sekreteriat NGO di bawah Kementerian Luar Negeri juga telah dibentuk hasil persetujuan dan persefahaman bersama YB. Menteri Luar Negeri. Selain itu juga empat (4) bidang kerja / projek yang menjadi tumpuan di Gaza, Palestin. Iaitu:-Pendidikan & Kanak-kanak (Education & Children), Perubatan / Kesihatan (Medical & Health), Kemudahan Asas (Basic Necessity) dan Kerja-kerja Amal Kemanusiaan ( Humanitarian Works) AMAL Malaysia yang diwakili oleh Hj. Husin Ismail (Presiden) dan Abd. Hamid b. Seman (Ketua Setiausaha) telah menyatakan komitmenya melibatkan diri dalam dua bidang utama iaitu program perubatan/kesihatan serta mengadakan kemudahan asas (basic Necessity) kepada penduduka Gaza, Palestin.

Sample Image

Presiden Amal Malaysia menyerahkan proposal kepada YB Menteri Luar Negeri

AMAL Malaysia difahamkan, selepas ini akan diadakan majlis penyerahan cek sumbangan oleh Kementerian Luar Negeri kepada 9 NGO yang diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja membantu umat Palestin.

Mesyuarat Agong Amal Cawangan Terengganu

7hb Mac 2009. Mesyuarat Agong Tahunan 2009 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar Darul Syifa, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, Dr Hj Abdul Rani Osman.

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal