Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu

"Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan mesyuarat agong dwi tahunannnya pada 4hb Mac 2011. Mesyuarat kali ini dijangka terbesar semenjak penubuhannya di Negeri Terengganu kerana semua ahli baru dan lama samaada aktif atau tidak dalam pergerakan Amal Terengganu akan hadir. Dewan Seminar Pusat Rawatan Darul Syifa Kuala Ibai, Kuala Terengganu menjadi tempat mesyuarat kali ini.

Saya mewakili seluruh Ahlijawatankuasa Amal Cawangan Terengganu menyeru semua ahli yang pernah terlibat dalam aktiviti Amal untuk hadir  ke mesyuarat Agong Dwi-tahunan tersebut. Mesyuarat  akan bermula tepat jam 2.30 petang. Mesyuarat Agong kali ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Presiden Amal Malaysia, Cg Hussin Ismail.
Segala maklumat lanjut boleh diperolehi melalui menghubungi pengerusi Amal Terengganu, Dr Suhazeli bin Abdullah [suhazeli[@]yahoo.com.]

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal