Saturday, August 21, 2010

Rayuan Infaq majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim 1431H

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu ingin membuat rayuan infaq dari organisasi atau individu bagi mengisi Tabung Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim. Majlis tersebut akan diadakan pada 2hb September nanti.
Posted by Picasa

Majlis Berbuka Puasa Bersama Presiden Yayasan Amal Malaysia

Kuala Terengganu, 19 Ogos 2010. Satu majlis berbuka puasa telah diadakan dekat sini pada 19 ogos lepas. majlis tersebut telah diserikan lagi dengan tatamu kehormat Tuan Haji Hussin Ismail, Presiden Amal Malaysia.

Mesyuarat Amal Terengganu 19 Ogos 2010

Pejabat Amal Terengganu, Kuala Terengganu. Satu mesyuarat Amal Cawangan Terengganu telah berjaya diadakan dekat sini. Mesyuarat membincangakan mengenai program berbuka puasa perdana yang akan diadakan pada 23 Ramadhan / 2 September nanti. Mesyuarat tersebut juga telah turut dihadiri oleh Presiden Yayasan Amal Pusat, Tuan Haji Hussin Ismail.

Tuesday, August 17, 2010

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dari Ilahi

4 Ogos 2010, Jerteh. Seluruh ahlijawatankuasa Amal Negeri dan Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga Abang Suhaimi Mohammad atas kematian beliau pada petang tadi.Beliau adalah salah seorang AJK Amal Negeri Terengganu yang cukup komited. Semoga rohnya mendapat rahmat dari Allah dan ditempatkan dikalangan kaum mukminin

AMAL Malaysia Akan Hantar Misi Bantuan Kemanusiaan ke Pakistan

 13 Ogos 2010, Jumaat - Banjir yang luar biasa yang melanda Pakistan beberapa hari lalu telah mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa akibat bencana tersebut.

 

Susulan dari itu, Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) akan menghantar Pasukan Medik seramai 4 orang yang akan di ketuai oleh Dr Abd Rani Osman, Naib Presiden 2 AMAL Malaysia ke tempat bencana bagi membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Pasukan Medik ini akan bertolak pada hari Sabtu esok 4 Ramadhan 1431H.

 

Lebih 15 Ribu penduduk Pakistan sedang sengsara dengan kemusnahan akibat banjir tersebut. Oleh itu, dengan bantuan yang kecil dari pihak AMAL Malaysia ini bersama-sama sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin serta sumbangan di bulan ramadhan ini akan mengurangkan beban yang di tanggung oleh mangsa-mangsa banjir tersebut. Semua sumbangan boleh di salurkan kepada akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia: 553010122090. Sila SMS maklumat sumbangan anda ke 019-3422151 (Dr Rani) atau 019-9831927 (Hj Zaman).

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal