Saturday, December 17, 2011

Mesyuarat Yayasan Amal Cawangan Terengganu pada 7 Dis lalu.

Satu mesyuarat telah diadakan pada 7hb Disember lalu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, December 14, 2011

Ceramah Perjuangan Bangsamoro Mindanao

Sempena lawatan singkat Wakil BDA ke Terengganu, dua sesi ceramah telah di atur, iaitu ceramah di Masjid At Taqwa Batu 6 dan Masjid Pengadang Baru.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Lawatan Singkat Wakil NGO Sudan dan Filipina ke Terengganu

Amal Terengganu telah menerima kunjungan singkat dua buah NGO sempena persidangan antarabangsa pemimpin Ifrd. Dua negara tersebut adalah Sudan dan Filipina. Satu najis makan malam telah diadakan bagi meraikan lawatan mereka.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Yayasan Amal Terengganu menghantar Wakil ke Persidangan Pemimpin IFRAD 2011

Pada 9 hingga 11 November lalu, Yayasan Amal Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk satu persidangan antarabangsa pemimpin NGO yang pernah terlibat dalam misi kemanusian seluruh dunia. Amal Terengganu menghantar empat wakil yang diketuai oleh Dr Suhazeli. Turut hadir adalah Cg Fauzi Abu Samah, Sdr Nordin Mahmud dan Cg Rosmunainah.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, November 6, 2011

Khidmat Kemasyarakatan di Marawi City, Mindanao


Wednesday, October 19, 2011

Tiga Tahun berturut-turut menjalani Ibadah Qurban di Selatan Filifina, Mindanao

- Yayasan Amal ajak laksana ibadat membantu umat Islam Filipina
KUALA TERENGGANU - Sepuluh orang delegasi dari Yayasan Amal cawangan negeri Terengganu akan berangkat ke Mondanao pada 4 November depan bagi melaksanakan misi kemanusiaan dan melaksanakan ibadah korban di Mindanao, Selatan Filipina.

Menurut Pengarahnya, Dr Hj Suhazeli Abdullah, tahun ini merupakan tahun yang ketiga badan bukan kerajaan tersebut membantu umat Islam yang merupakan golongan minoriti dinegara terbabit.

"InsyaAllah, 10 orang deligasi dari negeri Terengganu akan berlepas ke Mindanao pada 4 November ini bagi meneruskan program yang telah kita laksanakan sejak 3 tahun lalu,

"selain memberi bantuan, termasuk perubatan, kita akan laksanakan ibadah qurban dan aqiqah sempena Eidul Adha pada tahun ini,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan akan mengetuai misi Jabatan Amal Terengganu pada kali ini.

Menurutnya, fokus komuniti di Selatan Filipina, khususnya Mindanao dipilih berdasarkan kepadatan kependudukan umat Islam berbanding dengan lokasi-lokasi lain.

Bandar Marawi di tengah Mindanao akan menjadi markaz gerakan misi kemanusiaan Jabatan Amal Terenggganu pada tahun ini.

"Destinasi kita adalah tengah Mindanao di Selatan Filipina dan tumpuan program qurban serta aqiqah pada kali ini adalah bandar Marawi, tengah Mindanao,

"bandar Marawi dipilih kerana ramai penduduk beragama Islam dan di situlah tumpuan jumlah teramai pelarian perang-IDP (International Displace People),"jelasnya.

Katanya, Yayasan Amal akan berurusan dengan Bangsamoro Developmental Agency (BDA), sebuah badan gabungan kerajaan Filifina dan Bangsamoro Mindanao.

Justeru beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Terengganu memberikan sumbangan dan bersama-sama melakukan ibadah qurban di Mindanao pada tahun ini.

"Saya menyeru penduduk Malaysia khususnya rakyat Terengganu, bersama-sama menjalinkan ukhuwwah dengan melaksanakan qurban serta aqiqah pada tahun ini di Mindanao.

"sedikit sumbangan yang anda berikan adalah menjadi harapan yang besar kepada penduduk yang memerlukan di Mindanao,"katanya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian telefon 0199563653 atau lawati http://yamterengganu.blogspot.com atau email suhazeli@yahoo.com / amalterengganu@yahoo.com.

Wednesday, September 28, 2011

Qurban/Aqiqah Mindanao di Marawi City

Pada tahun ini, Amal Terengganu diberi amanah untuk mengadakan program kebajikan Qurban/Aqiqah di Mindanao, Selatan Filipina. Tahun ini kita akan menjalani ibadah qurban/aqiqah di Marawi City. Kisah Selatan Filipina tidak disebut dalam aman-mana akhbar dan penderitaan mereka tidak diketahui umum.
Kepada orang ramai yang ingin menjadi peserta sila hubungi kami dengan segera.

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal