Saturday, December 17, 2011

Mesyuarat Yayasan Amal Cawangan Terengganu pada 7 Dis lalu.

Satu mesyuarat telah diadakan pada 7hb Disember lalu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, December 14, 2011

Ceramah Perjuangan Bangsamoro Mindanao

Sempena lawatan singkat Wakil BDA ke Terengganu, dua sesi ceramah telah di atur, iaitu ceramah di Masjid At Taqwa Batu 6 dan Masjid Pengadang Baru.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Lawatan Singkat Wakil NGO Sudan dan Filipina ke Terengganu

Amal Terengganu telah menerima kunjungan singkat dua buah NGO sempena persidangan antarabangsa pemimpin Ifrd. Dua negara tersebut adalah Sudan dan Filipina. Satu najis makan malam telah diadakan bagi meraikan lawatan mereka.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Yayasan Amal Terengganu menghantar Wakil ke Persidangan Pemimpin IFRAD 2011

Pada 9 hingga 11 November lalu, Yayasan Amal Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk satu persidangan antarabangsa pemimpin NGO yang pernah terlibat dalam misi kemanusian seluruh dunia. Amal Terengganu menghantar empat wakil yang diketuai oleh Dr Suhazeli. Turut hadir adalah Cg Fauzi Abu Samah, Sdr Nordin Mahmud dan Cg Rosmunainah.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, November 6, 2011

Khidmat Kemasyarakatan di Marawi City, Mindanao


Wednesday, October 19, 2011

Tiga Tahun berturut-turut menjalani Ibadah Qurban di Selatan Filifina, Mindanao

- Yayasan Amal ajak laksana ibadat membantu umat Islam Filipina
KUALA TERENGGANU - Sepuluh orang delegasi dari Yayasan Amal cawangan negeri Terengganu akan berangkat ke Mondanao pada 4 November depan bagi melaksanakan misi kemanusiaan dan melaksanakan ibadah korban di Mindanao, Selatan Filipina.

Menurut Pengarahnya, Dr Hj Suhazeli Abdullah, tahun ini merupakan tahun yang ketiga badan bukan kerajaan tersebut membantu umat Islam yang merupakan golongan minoriti dinegara terbabit.

"InsyaAllah, 10 orang deligasi dari negeri Terengganu akan berlepas ke Mindanao pada 4 November ini bagi meneruskan program yang telah kita laksanakan sejak 3 tahun lalu,

"selain memberi bantuan, termasuk perubatan, kita akan laksanakan ibadah qurban dan aqiqah sempena Eidul Adha pada tahun ini,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan akan mengetuai misi Jabatan Amal Terengganu pada kali ini.

Menurutnya, fokus komuniti di Selatan Filipina, khususnya Mindanao dipilih berdasarkan kepadatan kependudukan umat Islam berbanding dengan lokasi-lokasi lain.

Bandar Marawi di tengah Mindanao akan menjadi markaz gerakan misi kemanusiaan Jabatan Amal Terenggganu pada tahun ini.

"Destinasi kita adalah tengah Mindanao di Selatan Filipina dan tumpuan program qurban serta aqiqah pada kali ini adalah bandar Marawi, tengah Mindanao,

"bandar Marawi dipilih kerana ramai penduduk beragama Islam dan di situlah tumpuan jumlah teramai pelarian perang-IDP (International Displace People),"jelasnya.

Katanya, Yayasan Amal akan berurusan dengan Bangsamoro Developmental Agency (BDA), sebuah badan gabungan kerajaan Filifina dan Bangsamoro Mindanao.

Justeru beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Terengganu memberikan sumbangan dan bersama-sama melakukan ibadah qurban di Mindanao pada tahun ini.

"Saya menyeru penduduk Malaysia khususnya rakyat Terengganu, bersama-sama menjalinkan ukhuwwah dengan melaksanakan qurban serta aqiqah pada tahun ini di Mindanao.

"sedikit sumbangan yang anda berikan adalah menjadi harapan yang besar kepada penduduk yang memerlukan di Mindanao,"katanya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian telefon 0199563653 atau lawati http://yamterengganu.blogspot.com atau email suhazeli@yahoo.com / amalterengganu@yahoo.com.

Wednesday, September 28, 2011

Qurban/Aqiqah Mindanao di Marawi City

Pada tahun ini, Amal Terengganu diberi amanah untuk mengadakan program kebajikan Qurban/Aqiqah di Mindanao, Selatan Filipina. Tahun ini kita akan menjalani ibadah qurban/aqiqah di Marawi City. Kisah Selatan Filipina tidak disebut dalam aman-mana akhbar dan penderitaan mereka tidak diketahui umum.
Kepada orang ramai yang ingin menjadi peserta sila hubungi kami dengan segera.

Monday, September 19, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Amal Terengganu

Satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Mesyuarat kali ini membincangkan persiapan Program Qurban Aqiqah bagi sesi ini. Buat kali ketiga, Amal Terengganu diamanahkan untuk menjadi wakil Qurban Aqiqah di Selatan Filipina, Mindanao.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, September 13, 2011

Qurban/Aqiqah Mindanao 2011

Qurban Mindanao 2011Pada tahun ini Yayasan Amal Malaysia sekali lagi menganjurkan program Qurban/Aqiqah ke seluruh pelusuk dunia. Aceh, Vietnam, Selatan Thai, Komboja, Laos, Sri Langka, Mindanao, Sudan dan Somalia adalah destinasi Yayasan Amal Malaysia pada tahun ini.
Yayasan Amal Terengganu pula diberi tugasan khas untuk menjalankan khidmat komuniti ini ke Mindanao. Kali ini Amal Terengganu akan ke Marawi City, salah satu bandar terbesar dan majoriti muslim. Kepada muslimin muslimat yang ingin ikut serta qurban atau aqiqah ini sila hubungi saya dengan segara. Borang penyertaan adalah seperti link berikut. http://yamterengganu.blogspot.com/2009/09/permohonan-qurban-aqiqah-online.html

Sunday, August 21, 2011

Kempen derma darah ramadhan

Derma darah anjuran bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu telah berjalan dengan jayanya. Kempen ini berjalan di masjid-masjid terpilih Terengganu. Pihak Yayasan Amal mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Tabung Darah Hsnz atas segala kerjasama yang telah diberikan.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, August 15, 2011

Kempen derma darah ramadhan bersama jabatan tabung darah Hsnz

Kempen derma darah ramadhan anjuran bersama jabatan tabung darah Hsnz telah bermula. Pada tahun ini Masjid Pengadang Baru sebagai perintis. Berikut adalah jadual kempen yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini.
1. Masjid Pengadang Baru- 4 Ogos 2011.
2. Masjid Titian Baru- 11 Ogos 2011,
3. Masjid Batu 6- 17 Ogos 2011
4. Masjid Wakaf Tembusu- 20 Ogos 2011,
5. Masjid Rusila- 25 Ogos 2011,
6. Masjid Kampung Batin- 28 Ogos 2011.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, August 5, 2011

Kempen derma darah ramadhan bersama jabatan tabung darah Hsnz

Kempen derma darah ramadhan anjuran bersama jabatan tabung darah Hsnz telah bermula. Pada tahun ini Masjid Pengadang Baru sebagai perintis. Berikut adalah jadual kempen yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini.
1. Masjid Pengadang Baru- 4 Ogos 2011.
2. Masjid Titian Baru- 11 Ogos 2011,
3. Masjid Batu 6- 17 Ogos 2011
4. Masjid Wakaf Tembusu- 20 Ogos 2011,
5. Masjid Rusila- 25 Ogos 2011,
6. Masjid Kampung Batin- 28 Ogos 2011.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, August 4, 2011

Mesyuarat Khas dan majlis berbuka puasa bersama Presiden Amal

Satu majlis berbuka puasa telah diadakan pada 4 ogos lepas yang turut disertai oleh Presiden Yayasan Amal Pusat. sebelum dari itu ajk Amal Terengganu telah mengadakan mesyuarat khas sempena program berbuka puasa bersama anak yatim dan program derma darah di bulan ramadhan 1432.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 26, 2011

Dana Sumbangan Program Bersama Anak yatim 2011

Yayasan Amal cawangan Terengganu pada tahun ini akan meneruskan lagi program berbuka puasa dan sumbangan hariraya bersama anak anak yatim. Seramai 700 orang anak yatim akan diraikan pada program ini yg dijadualkan pada 18 Ogos 2011. Kepada tuan puan yang ingin menyumbang sila salurkan ke akaun Yayasan Amal Cawangan Terengganu
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 15, 2011

kedai baru Amal Charity mendapat sambutan hangat

pengunjung tidak putus-putus mengunjungi kedai baru yayasan amal di depan masjid rusila.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Cawangan Amal Charity Baru

Yayasan Amal Terengganu mengorak selangkah lagi dengan penubuhan cawangan baru kedai charity. Kedai ini terletak di depan bangunan Pas Marang, Rusila Terengganu. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yb ahli Parlimen Marang pada pagi 15 julai 2011.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Wednesday, July 6, 2011

mesyuarat amal terengganu kali 2-2011

Mesyuarat dijalankan dengan jayanya
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, May 7, 2011

Friday, May 6, 2011

Ucapan Aluan dari Presiden Amal Malaysia

Sg Merab, 7 Mei 2011. Ucapan aluan dari Presiden sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan ke 6. Yayasan Amal Malaysia genap sedekad (2001-2011). Pengesahan semula sejarah Amal di persada dunia.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Deligasi Amal Terengganu

Sebahagian dari perwakilan dari Amal Terengganu ke Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal malaysia kali ke 6.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 5, 2011

Deligasi Amal Terengganu ke Mesyuarat Dwi Tahunan Amal Pusat

Sepuluh orang ahlijawatan kuasa Amal Terengganu akan menghadiri mesyuarat Dwi Tahunan Amal pusat pada 7 Mei 2011. Mesyuarat tersebut akan berlangsung di Pusat dakwah Serantau, Bangi.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, March 1, 2011

Pengumuman Tunda: Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu akan ditunda ke 11hb Mac 2011 di tempat dan tarikh yang sama.

Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu

"Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan mesyuarat agong dwi tahunannnya pada 4hb Mac 2011. Mesyuarat kali ini dijangka terbesar semenjak penubuhannya di Negeri Terengganu kerana semua ahli baru dan lama samaada aktif atau tidak dalam pergerakan Amal Terengganu akan hadir. Dewan Seminar Pusat Rawatan Darul Syifa Kuala Ibai, Kuala Terengganu menjadi tempat mesyuarat kali ini.

Saya mewakili seluruh Ahlijawatankuasa Amal Cawangan Terengganu menyeru semua ahli yang pernah terlibat dalam aktiviti Amal untuk hadir  ke mesyuarat Agong Dwi-tahunan tersebut. Mesyuarat  akan bermula tepat jam 2.30 petang. Mesyuarat Agong kali ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Presiden Amal Malaysia, Cg Hussin Ismail.
Segala maklumat lanjut boleh diperolehi melalui menghubungi pengerusi Amal Terengganu, Dr Suhazeli bin Abdullah [suhazeli[@]yahoo.com.]

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal