Thursday, July 22, 2010

Ceramah motivasi Remaja: Anda Bijak Jauhi Zina

Sekali lagi pihak Nisa menjemput saya menyampaikan ceramah motivasi remaja. Kali ini Nisa Kuala Terengganu mengambil tugasan untuk berbakti. Program berjalan di dewan Sekolah Kebangsaan Gong Kapas. Seramai lebih dari 170 orang remaja hadir dalam sesi ceramah tersebut. Lebih memberangsangkan lagi sesi tersebut diserikan dengan kehadiran Ybhg Ustaz Hagia Sofia. Beliau sudi mencemar duli berganding bahu dengan saya menyampaikan Ceramah motivasi tersebut. Modul awal Sayangi Diri-Anda Bijak Jauhi Zina telah saya ubuh suai bersesuaian dengan target pelajar. Saya mengharapkan semua peserta mendapat manfaat dari ceramah motivasi yang kami sampaikan. Saya juga mengharapkan Nisa seluruh kawasan dinegeri Terengganu menjalankan aktiviti seumpama ini. Contohilah Nisa Seberang Takir dan Kuala Terengganu. Saya juga mengharapkan teguran dari mana-mana pihak bagi memperbaiki modul Sayangi Diri-ABJZ ini.

Wednesday, July 21, 2010

Gotong Royong Amal Charity Shop

ACS Terengganu, 20hb Julai 2010. Satu khidmat sosial iaitu melakukan gotong royong telah berlangsung dengan meriahnya di Amal Charity Shop Kuala Terengganu. AJK Amal Terengganu talah sama-sama berganding bahu dalam gotong royong tersebut.
Posted by Picasa

Ceramah Kesihatan di Kuala Nerus

26hb Jun 2010, Kuala Nerus. Satu ceramah kesihatan telah berjaya diadakan di kawasan Kuala Nerus. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Salman, ahlijawatankuasa Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Beliau telah menyampaikan ceramah berkenaan penyakit-penyakit kronik dikalangan masyarakat dan cara mengubatinya.
Posted by Picasa

Tuesday, July 20, 2010

Malam Puisi Kemanusiaaan Gaza.

20hb Julai 2010. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dijemput untuk memeriahkan majlis malam puisi Kemanusiaaan Gaza yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam masa yang sama Amal Terengganu menerima sumbangan dari pelajar-pelajar dan warga kerja UMT. Artis jemputan pada malam tersebut adalah kumpulan Raihan.

Saturday, July 10, 2010

Lawatan ke rumah pesakit

10 Julai, 2010, Seberang Takir. siri lawatan kerumah untuk memberi khidmat nasihat kesihatan telah dijalankan di Kg Telaga Daing dekat sini semalam.
Posted by Picasa

Ceramah Kesihatan di Telaga Daing Seberang Takir, Kuala Terengganu

10hb Julai 2010. Kuala Terengganu. Satu ceramah kesihatan telah disampaikan oleh pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Ceramah tersebut bertajuk penyakit kronik dikalangan masyarakat.
Ramai penduduk setempat telah memeriahkan sesi ceramah tersebut. Ceramah telah dijalankan di surau Hj Embong, Telaga Daing.
Dalam masa yang sama rawatan Darul Syifa juga berjalan. Sambutan amat memberangsangkan.
Posted by Picasa

Friday, July 9, 2010

Pameran Selamatkan Gaza di Maahad Tahfiz dan Tarbiyyah, Kuala Terengganu

9hb Jun, 2010. Kuala Terengganu: Pameran selamatkan Gaza telah diadakan di perkarangan Sekolah Maahad Tahfiz dan Tarbiyyah (MTT) Tok Jiring Kuala Nerus Terengganu. Pameran ini adalah salah satu dari siri mengimarahkan Bulan Rejab adalah bulan Palestine. Pada sebelah malamnya diadakan konsert khas yang turut dibintangi oleh Azhan Atan, Kumpulan al Rash, Kumpulan muda MTT, Aiman dan Akhbar.
Posted by Picasa

Thursday, July 1, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Amal Terengganu

Satu mesyuarat Jawatankuasa Amal Terengganu telah diadakan dengan jayanya. Agenda utama perbincangan ada kedai Amal Charity dan perancangan sepanjang Ramadhan.

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal