Monday, June 21, 2010

Misi Gaza Hari Ke 5

Misi Gaza Hari Ke 5

10:42 PM | 0 comments |

Memenuhi hari-hari terluang, Rombongan Yayasan Amal menziarahi pejabat Persekutuan Melayu Replublik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan Persatuan Melayu Tertua di bumi Mesir. Rombongan difahamkan bahawa, pejabat PMRAM sekarang adalah pejabat yang terpaksa di sewa selepas mereka dihalau keluar daripada pejabat asal di Rumah Melayu Abbasiah oleh Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir (MSD). Pejabat di Rumah Melayu Abbasiah adalah pejabat asal anugerah kerajaan Mesir kepada PMRAM di atas jasa mereka bersama Kerajaan Mesir mempertahankan bumi Mesir pada suatu ketika dulu semasa perang. Persoalannya, kenapalah pihak MSD begitu "munafik" dan bersikap seperti 'perompak' kepada PMRAM ??? Atau mereka mungkin mengikut tunjuk ajar UmNoooo di Malaysia....

Rombongan Yayasan Amal Terengganu menyampaikan sedikit sumbangan melalui PMRAM.


Selepas selesai bersama pimpinan PMRAM, rombongan kami bergerak ke Mansourah untuk bersama pimpinan pelajar disana dalam kerangka menerangkan Misi dan Visi Yayasan Amal kepada pimpinan pelajar di sana.



Bersama pimpinan Pelajar di Mansourah bergambar selepas sesi penerangan. Pelajar juga menzahirkan kerisauan dengann sindrom murtad dikalangan pelajar wanita Malaysia yang belajar di sini terutama pelajar yang datang melalui 'agen'.

Friday, June 18, 2010

Makan malam bersama Wira Palestine

Kami begitu bertuah kerana kunjungan Tn Haji Jamuliddin Elias ke Terengganu pada hujung minggu lepas. Atas kesempatan itu, selepas majlis ceramah perdana yang di adakan pada malam 17hb Jun lalu di Masjid Pengadang Baru, kami berpeluang untuk bertanya lanjut mengenai peristiwa yang menjadi satu sejarah besar dunia. Amal Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian Timbalan Presiden Amal pusat untuk hadir turun padang ke Terenganu. Turut serta dalam jamuan ringkas tersebut adalah Tn Hj Husin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia dan seluruh AJK Amal Terengganu.
Posted by Picasa

Khidmat Kesihatan di Bukit Pak Apit, Ajil

18 Jun 2010, Ajil. Khidmat kesihatan sempena program Al falah telah berlangsung dengan jayanya. Program ini adalah program berkala yang telah dijalankan untuk mendekatkan masyarakat dengan Islam.

Sepasang kekasih
Suka saya menceritakan kisah sepasang kekasih yang hidup di sebuah rumah di Kampung ini. Suaminya telah 15 tahun mengidap angin ahmar. Pernah pada peringkat awalnya mendapat rawatan dari Hospital. Beliau mengidap Darah Tinggi, tapi setelah 15 tahun berlalu beliau tidak mengambil ubat kerana masalah pengangkutan dan tidak mempercayai perubatan moden.
Jadi program seperti ini perlu perlu bagi memberi kesedaran kepada mereka bahawa luang dan peluang untuk berubat masih ada.
Posted by Picasa

Thursday, June 17, 2010

Ceramah Perdana Selamatkan Gaza Bersama Wira Palestine

17 Jun 2010, Masjid Pengadang Baru. Ceramah perdana telah berjaya diadakan sempena Kempen selamatkan Gaza di Masjid Pengadang Baru, Marang. Ceramah ini bersama tetamu khas Tn Hj Jamulidin Elias, Timbalan Presiden Amal Pusat yang juga salah seorang Wira Negara yang telah ditangkap oleh Israel 31 Mei lalu. Turut serta menjayakan ceramah pada malam itu adalah TuanGuru Dat' Seri Hj Abdul Hadi Awang merangkap ahli majlis Muassassah Alquds. Kutipan derma telah dilancarkan pada malam tersebut dan jumlah kutipannya melebihi RM2000.
Posted by Picasa

Wednesday, June 16, 2010

Misi ke Gaza Hari ke 4

Misi Gaza Hari Ke 4

6:17 PM | 0 comments |





Kaherah, 16 Jun 2010, Rombongan Misi Gaza, Yayasan Amal Malaysia kini masih lagi berada Kaherah pada hari ke 4. Pada hari ini rombongan kami berjumpa dengan 3 pihak iaitu perjumpaan dengan Pemangku Duta, Encik Saiful.Perbincangan bersama pihak Kedutaan bermula kira-kira pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tghr. Hasil daripada perbincangan, pihak Kedutaan berjanji akan cuba berusaha membantu pihak Yayasan Amal Malaysia untuk masuk ke Gaza. Kami juga telah diminta menyerahkan salinan paspod bagi tujuan tersebut.



Pada jam 1 tghr, rombongan Yayasan Amal Malaysia bertemu mata dengan Prof Mamdouh Gabr, 'Secretary General' dan 'Director General', Dr Magda Fathi Elsherbeeny. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan gambaran bagaimana melalui PBSM Mesir, Rombongan Yayasan Amal boleh masuk ke Gaza bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin. Taklimat telah disempaikan sendiri oleh Prof Mamdouh. Namun hasil daripada perbincangan, seperti mana jangkaan, PBSM Mesir juga tidak mempunyai autoriti untuk membantu rombongan untuk ke Gaza. Jawapan yang sama yang diterima iaitu barangan hanya dibenarkan masuk PBSM sahaja dan tak dapat menjanjikan apa-apa untuk membantu membawa masuk rombongan kami.




Kami seterusnya menuju ke Pejabat PBSM Palestin di Al Thawra St Heliopolis dengan tujuan dan matlamat yang sama. Di sini, kami telah di beri taklimat oleh 'Deputy Secretary General', saudara Tarek Arafat. Hasil daripada taklimat yang disampaikan, kami dimaklumkan antara keperluan yang kritikal yang diperlukan dari segi perubatan adalah peralatan seperti mesin dialisis dan lain-lain. Kami juga dibekalkan dengan senarai ubat-ubatan dan keperluan kritikal di Gaza.

Tuesday, June 15, 2010

Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda

Seberang Takir, 15hb Jun 2010. Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda telah diadakan dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Nisa Kuala Nerus dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari remaja sekitar Seberang Takir. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Hj Suhazeli bin Abdullah, pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu. Turut serta memberi nasihat pada majlis tersebut adalah Tn Hj Zakaria Dagang. Ceramah diserikan dengan beberapa persembahan multimedia dan sesi soal jawab.
Posted by Picasa

Ceramah Perdana Wira Palestin

Kuala Terengganu, 15hb Jun 2010. Ceramah Perdana dan Solat hajat bagi membebaskan Palastin akan diadakan pada malam esok bermula jam 8.30 malam. Program ini adalah salah satu aturcara yang telah diatur sempena 'roadshow' Tn Hj Jamiluddin Elias (Wira Palestin-salah seorang warga Malaysia yang telah ditahan oleh Tentera Israel semasa misi bantuan LifeLine4Gaza 31 Mei lalu).
Orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan sokongan mereka dalam isu Gaza ini.
Posted by Picasa

Majlis Meraikan Kehadiran Pelajar Tahfiz dari Laos

Kuala Terengganu. 8hb Jun 2010. Satu jamuan bagi meraikan kedatangan 4 pelajar Laos telah diadakan di Restoran Assyakirin. Pelajar tersebut adalah salah satu usaha dari Amal untuk mendidik mereka di Malaysia dan setelah tamat, mereka akan kembali ke negara mereka bagi mengembangkan ajaran Islam.
Ini adalah salah satu dari modul Pusat Dakwah Serantau yang diusahakan oleh Yayasan Amal Malaysia.
Posted by Picasa

Monday, June 14, 2010

YAYASAN AMAL MALAYSIA KE GAZA

Bersama Rombongan Yayasan Amal Malaysia Dalam Misi Ke Gaza....

10:26 PM | 1 comments |

Cikgu Fauzi menerima sumbangan di KLIA daripada saudara Tg. Hafiz untuk Rakyat Gaza, jazakallah


Rombongan disambut sahabat-sahabat di Lapangan Terbang Kaherah. Rombongan tiba pada jam 5 petang waktu Kaherah dan pukul 10 malam waktu Malaysia. Cikgu dan Dr Sayed ditahan lama sikit oleh Imigresen Mesir..... tapi tak de apa yang berlaku...alhamdulillah...semua rombongan lepas masuk ke Mesir.....

Bersama rombongan di KLIA sebelum berlepas pada jam 11 pagi 13 Jun 2010

Tuesday, June 8, 2010

Majlis Jamuan The Amal Charity Shop

Kuala Terengganu, 7 Mei 2010. Satu majlis Jamuan tea telah diadakan di Amal Charity Shop Terengganu. Jamuan ini bertujuan bagi mempromosi Amal Charity kepada masyarakat setempat.

Sembahyang Hajat Pembukaan Amal Charity Shop Terengganu

29 Januari 2010. Kuala Terengganu, satu majlis sembahyang hajat telah diadakan dengan jayanya.

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal