- Yayasan Amal ajak laksana ibadat membantu umat Islam Filipina
KUALA TERENGGANU - Sepuluh orang delegasi dari Yayasan Amal cawangan
negeri Terengganu akan berangkat ke Mondanao pada 4 November depan bagi
melaksanakan misi kemanusiaan dan melaksanakan ibadah korban di
Mindanao, Selatan Filipina.
Menurut Pengarahnya, Dr Hj Suhazeli
Abdullah, tahun ini merupakan tahun yang ketiga badan bukan kerajaan
tersebut membantu umat Islam yang merupakan golongan minoriti dinegara
terbabit.
"InsyaAllah, 10 orang deligasi dari negeri Terengganu
akan berlepas ke Mindanao pada 4 November ini bagi meneruskan program
yang telah kita laksanakan sejak 3 tahun lalu,
"selain memberi
bantuan, termasuk perubatan, kita akan laksanakan ibadah qurban dan
aqiqah sempena Eidul Adha pada tahun ini,"ujarnya ketika menghubungi
Buletinonline.
Beliau yang juga seorang doktor perubatan akan mengetuai misi Jabatan Amal Terengganu pada kali ini.
Menurutnya, fokus komuniti di Selatan Filipina, khususnya Mindanao
dipilih berdasarkan kepadatan kependudukan umat Islam berbanding dengan
lokasi-lokasi lain.
Bandar Marawi di tengah Mindanao akan menjadi markaz gerakan misi kemanusiaan Jabatan Amal Terenggganu pada tahun ini.
"Destinasi kita adalah tengah Mindanao di Selatan Filipina dan tumpuan
program qurban serta aqiqah pada kali ini adalah bandar Marawi, tengah
Mindanao,
"bandar Marawi dipilih kerana ramai penduduk
beragama Islam dan di situlah tumpuan jumlah teramai pelarian
perang-IDP (International Displace People),"jelasnya.
Katanya,
Yayasan Amal akan berurusan dengan Bangsamoro Developmental Agency
(BDA), sebuah badan gabungan kerajaan Filifina dan Bangsamoro Mindanao.
Justeru beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat
negeri Terengganu memberikan sumbangan dan bersama-sama melakukan
ibadah qurban di Mindanao pada tahun ini.
"Saya menyeru
penduduk Malaysia khususnya rakyat Terengganu, bersama-sama menjalinkan
ukhuwwah dengan melaksanakan qurban serta aqiqah pada tahun ini di
Mindanao.
"sedikit sumbangan yang anda berikan adalah menjadi harapan yang besar kepada penduduk yang memerlukan di Mindanao,"katanya.
Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian telefon 0199563653 atau lawati http://yamterengganu.blogspot.com atau email suhazeli@yahoo.com / amalterengganu@yahoo.com.
No comments:
Post a Comment