Sunday, June 10, 2018

Sunday, October 12, 2014

Air Mata Kassala

Warkah buat anak-anakku dari bumi Kassala.
Nukilan: Dr Azman Ibrahim
Ahli delegasi ke Sudan sempena Qorban & Aqiqah 2014

Coretan ini Papa catatkan di atas kenderaan yang sedang melalui jalan yang berlubang-lubang dan berbatu dalam perjalanan keluar dari Perkampungan Shagarab, perkampungan yang menempatkan ratusan ribu pelarian setelah selesai menyempurnakan ibadah qorban dan aqiqah pada 5 Oktober ketika kami di Sudan menyambut hari kedua Aidil Adha sementara anak-anak ku di Malaysia menyambut hari raya pertama.

Anak-anak ku yang dikasihi
Bagaimana setiap pagi Papa kejutkan kalian semua untuk ke sekolah sebelum azan subuh berkumandang. Bersiap dengan uniform yang telah disediakan rapi oleh Ummi yang tak pernah jemu walau sedetik melayan dengan penuh kasih sayang.

Tapi anak-anak pelarian di Kassala tak begitu. Mereka cuma ada 3 sekolah yang sangat dhoif. Pelajarnya tak sampai 2,000 orang. Sedangkan anak-anak di sini jumlahnya puluhan ribu.

Mereka juga mengimpikan utk merasai seronoknya alam seronoknya persekolahan seperti anak-anak semua. Ada cikgu,  ada kawan-kawan, ada perpustakaan, ada padang permainan, ada uniform sekolah, boleh pergi rombongan lawatan, ada hadiah bila berjaya dan macam-macam lagi. Semua itu adalah mimpi yang tak menjadi kenyataan di sini.

Ketika Papa sediakan kalian dengan alat tulis yang lengkap, sekolah di sini tak ada kertas, pen dan pensil. Jauh sekali nak kenal pensil warna. Mereka hanya menulis di atas papan. Ada ketikanya sekadar menulis di atas tanah.

Ketika anak-anak ku dah mahir dengan bermacam-macam permainan kereta kontrol, komputer,  internet,  android dan entah apa-apa lagi, Papa lihat di sini bagaimana anak-anak pelarian mereka berebut-rebut sehingga terjatuh berguling-guling. Bukan kerana merebut kereta kontrol, yang mereka rebut sehingga bergaduh hanyalah sebiji belon. Betapa sukanya mereka bila dapat sebiji belon lalu ditiup dengan penuh perasaan. Betapa Papa melihat di sini, sebiji belon mampu membuatkan seorang kanak-kanak gembira.

Ketika anak-anak ku ada 3, 4 pasang selipar dan kasut setiap seorang, anak-anak di sini hanya berkaki ayam yang bersalut lumpur. Mereka tak kenal kasut atau selipar. Mereka melangkah dan terus melangkah menelusuri kehidupan yang tak pasti mencari sinar yang entah di mana.

Ketika anak-anak ku selalu komplain tak mahu makan nasi sebab Ummi tak masak ayam, di sini anak-anak hanya kenal daging sekali setahun. Itu pun dengan ihsan mereka yang bermurah hati menghulurkan secebis simpati. Melihat tubuh dan wajah cengkung mereka, dapat dibayangkan mereka lebih kerap berlapar dari kenyang. Sampai hati kita membiarkan di rumah kita makanan selalu berlebihan tapi di sini saudara seagama kita kelaparan. Adilkah kita wahai anak-anak ku?

Ketika anak-anak ku fasih menyebut perkataan KFC, Pizza Hut dan entah apa-apa lagi, di sini anak-anak pelarian sanggup mengejar kenderaan yang Papa naiki hanya untuk mendapatkan sebiji gula-gula yang nilainya tak sampai 5 sen. Betapa Allah mengurniakan kepada kita nikmat yang sangat banyak. Nikmat ini perlu dikongsi. Kerana itulah Papa tinggalkan seketika anak-anak yang disayangi untuk ke sini. Pelajaran yang mahal akan nilai kehidupan serta kemanusian ada di bumi bergolak ini. Inilah bumi Kassala.

Anak-anak ku yang dikasihi.
Bolehkah kita bayangkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di satu kawasan yang kotor.  Permainannya hanya menyepak gumpalan rumput yang diikat bulat seperti bola. Mereka juga ingin bermain dan bergembira seperti kita. Itu naluri seorang kanak-kanak seperti juga Abang, Afiq, Amirul dan Amzar. Tapi mereka tak punya bola,  tak punya raket badminton, tak punya bad ping pong, tak punya catur dan tak punya apa-apa. Sedih bukan?

Ketika anak-anak dihantar dan dijemput dari sekolah dengan kereta. Sedikit lewat Papa sampai, wajah sudah berubah muram. Di sini kenderaan mereka yang paling mewah ialah kereta keldai. Keldai inilah teman baik mereka. Membawa barangan dan muatan. Tetap setia berkhidmat dengan tuannya walaupun penat dan meletihkan. Bayangkan macam mana kalau kita pergi sekolah dengan kereta keldai...

Thursday, August 28, 2014

Qorban dan Aqiqah Yayasan Amal Malaysia 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa saya akan bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu akan menganjurkan ibadah Qorban/Aqiqah tahun ini di Wilayah Kassala Sudan (Pelarian dari Erithrea). Mereka daif dan tidak mendapat perhatian meluas oleh masyarakat antarabangsa. Seramai tidak kurang dari 225 ribu pelarian yang menginap di bangsal-bangsal kecil.
Anda boleh membantu mereka dengan menyertai ibadah Qorban/Aqiqah ini. Caranya:

A) Isikan Maklumat Berikut:
1- Nama peserta.
2- Alamat.
3- No Tel / Hp.
4- Email jika ada.
5- Nyatakan Korban atau Aqiqah.
6- Nyatakan Nama Individu yang nak diniatkan qorban @ aqiqah dan jumlah bahagian lembu @ jumlah kambing.
[RM300/1bahagian lembu, RM400/ 1 ekor kambing]
7- Masukkan duit ke akaun Maybank Islamic atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU, NO: 5130-1403-6939
8- Sertakan slip bayaran @ bukti bayaran.
[Borang daftar Online juga disediakan yamterengganu.blogspot.com]
Hantarkan semua perkara A, dari no 1 - 8 kepada wakil kami yang dilantik


B) Pihak YAMCT akan poskan resit bayaran apabila Pengesahan bayaran dilakukan.

C) Sijil penyertaan akan diposkan selepas program ini selesai dilaksanakan. Insyaallah bermula 14 oktober 2014 sijil akan diposkan.

D) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Oktober 2014.

Sekian, Terimakasih.
Dr Suhazeli Abdullah
Ketua Deligasi
Qurban Kassala Sudan 2014
Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Terengganu
019-9563653

Misi Korban Akan Singgah di Kem Pelarian Syria Jordan


KORBAN SUDAN


KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM500,000 sumbangan diperlukan ole Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) bagi membangunkan dan mengendalikan sebuah sekolah untuk anak-anak Syria (Edu For Syria) yang menjadi pelarian di bumi Jordan.
Ketua Delegasi Misi Korban YAMCT Cikgu Mohd Fauzi Abu Samah berkata, rombongan Misi tersebut yang ke wilayah Kasala, Sudan pada kali ini akan singgah di Jordan untuk menyampaikan sumbangan kepada pelarian terbabit.
“In shaa Allah, bersekali dengan perjalanan Misi Korban ke Sudan, (hala) balik kita akan terus ke Jordan untuk sampaikan sumbangan kemanusiaan dan juga sumbangan keperluan persekolahan untuk anak-anak Syria di bumi Jordan,
IMG-20140825-WA0132“kita akan berlepas pada 1Oktober dan kembali ke Malaysia pada 13 Oktober,”ujarnya
Menurutnya, kos keseluruhan pembangunan sekolah untuk anak-anak Syria itu adalah berjumlah RM1 juta dan keperluan kos pengendalian sebanyak RM1 juta selama dua tahun.
Katanya, YAMCT akan bekerjasama dengan sebuah NGO,’Tangisan Airmata Syria Dibumi Jordan’ yang dipengerusikan oleh adik Musa Nuwairi Kamaruzzaman.
“AlhamduliLlah, sebanyak dua kali program sumbangan yang telah kita buat (hantar) sebelum ini iaitu ‘Blanket For Syria’ dan sumbangan kemanusiaan berjumlah hamper RM400,000,
“sehingga kini (untuk Edu For Syria) kita telah mengumpulkan sumbangan hamper RM200,000 dan kita perlukan antara RM600,000 lagi untuk mencukupkan jangkaan(kos) perjalanan (pengendalian) untuk anak-anak Syria di bumi Jordan,”ujarnya ketika ditemui di pejabat YAMCT di Gong Badak, dekat sini.
Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar berlumba-lumba untuk membuat kebajikan bagi menyumbangkan derma kepada program ‘Edu For Syria’ tersebut.
Menurutnya, sumbangan boleh dibuat dengan memasukkan derma tunai kepada akaun Amal Terengganu Dana Syria di akaun Maybank No: 563064131924 pada bila-bila masa sahaja.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan memberikan sumbangan kepada YAMCT sebelum ini dan pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengerusi YAMCT Dr Suhazeli Abdullah berkata, Misi Korban YAMCT pada tahun ini adalah membantu pelarian Darfur dan pelarian Eritrea di Kasalla Sudan.
Katanya, delegasi Amal Terengganu akan membawa penyertaan bahagian korban atau akikah bukan sahaja dari negeri Terengganu, tetapi dari seluruh rakyat Malaysia.
“Dengan ibadah Qorban atau akikah ini, sekurang-kurangnya akan membantu mereka menikmati makanan berzat,”ujarnya, selaku seorang pegawai perubatan.
Selain itu, satu rombongan YAMCT dengan kerjasama Muslim Care akan ke Mindanao di Selatan Filipina bagi tujuan yang sama pada musin Hari Raya Eidul Adha nanti.
Ia menjadikan, keseluruhan Misi YAMCT pada kali ini adalah Misi ‘Empat Dalam Satu’.
“Jadi pada musim raya Haji tahun ini, kita (YAMCT) ada 4 misi yang akan dilaksanakan sekaligus iaitu, membantu pelarian Eritrea di sempadan Kasalla, membantu pelarian Darfur di Khartoum
“sumbangan kemanusiaan kepada pelarian Syiria di Jordan dan korban untuk saudara seIslam di Mindanao, selatan Filipina,”tambahnya
Untuk rujukan atau sebarang pertanyaan, katanya, boleh diajukan kepada beliau sendiri di talian 0139238685 atau melalui Setiausaha Kerja YAMCT Encik Ikhwan di talian 01110693390.

Monday, July 21, 2014

Enam Musim Ramadhan Mambantu Tabung Darah

Pada Ramadhan tahun ini, merupakan tahun yang ke enam, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) menganjurkan kempen derma darah, setiap kali berkunjungnya bulan yang penuh berkat dan rahmat itu.
Program tersebut, yang diadakan di beberapa buah masjid terpilih, merupakan usahasama antara YAMCT dengan Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Pada Ramadhan tahun ini, 1435H, masjid-masjid yang terbabit adalah sebagaimana senarai di bawah;
  - 1/7, 03 Ramadhan : masjid Batu Burok, Kuala Terengganu
  - 2/7, 04 Ramadhn : masjid Titian Bharu, Kuala Terengganu
  - 5/7, 07 Ramadhan : masjid Unisza, Gong Badak, Kuala Terengganu
  - 8/7, 10 Ramadhan : masjid Chendering
  - 10/7, 12 Ramadhan : masjid Pengadang Baru.
  - 12/7, 14 Ramadhan : masjid Wakaf Tembesu
  - 14/7, 16 Ramadhan : masjid Instep (Batu Rakit)
  - 15/7, 17 Ramadhan : masjid atTaqwa Batu 6
  - 17/7, 19 Ramadhan : masjid Kampung Butut (Kuala Berang)
  - 19/7, 21 Ramadhan : masjid Kampung Rusila (Marang)
  - 20/7, 22 Ramadhan : Surau Gelong Bilal
  - 25/7, 27 Ramadhan : masjid Kampung Batin (Seberang Takir)
Pada tahun pertama kempen derma darah ini bermula, iaitu pada tahun 2009, Amal Terengganu (YAMCT) hanya memilih masjid-masjid sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.
Secara keseluruhannya,  jumlah penderma paling ramai adalah ketika program diadakan d Masjid Rusila, Marang, diikuti oleh masjid atTaqwa Pekan Batu Enam, masjid Pengadang Baru, masjid Wakaf Tembesu, masjid Unisza dan Masjid Batu Buruk.
Setiap tahun Amal Terengganu mencari premis baru untuk diadakan program yang sama, dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi prinsip ta'awun, bantu membantu untuk kebajikan dan taqwa.
Sebanyak tiga lokasi menjadi premis baru bagi kempen pada tahun ini iaitu iaitu masjid Sura Dungun, masjid Kampung Butut Baru Kuala Berang dan Masjid Tengku Mizan, Kerteh.
Kami menganggap ia satu pencapaian luar biasa, kerana masjid tersebut adalah terletak diluar lingkungan liputan Tabung Darah HSNZ.
Kami mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan ribuan teima kasih kepada semua pihak yang terlibat, kerana objektif kami untuk membantu meningkatkan bekalan darah HSNZ berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 500 pint darah pada setiap kempen, pada setiap masjid, premis.
Keperluan Tabung Darah HSNZ semakin meningkat terutamanya ketika menghadapi musim perayaan utama negara, seperti Eidul Fitri.
Justeru, kami berharap akan dt mencapai sasaran baru untuk mengumpulkan sebanyak 600 pint darah pada setiap lokasi di mana kempen derma darah diadakan.
Semoga dengan usaha dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu ini boleh membantu masyarakat yang amat memerlukan pada saat kecemasan.
Saya, sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen pada tahun ini.
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Terengganu
21 Julai 2014 / 23 Ramadhan 1435H

Wednesday, July 9, 2014

Mereka Bersahur di Dunia, Berbuka di Syurga

Mari bersama membantu Gaza yang kini sedang dalam kancah serangan Israel kali ke 3. Beratus-ratus yang telah gugur syahid dan ramai lagi akan menunggu. Kita apa lagi? Sekadar kemmapuan adalah doa dan wang ringgit.

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal