Monday, March 31, 2014

3 buah rumah mangsa banjir kemaman siap dibina

KUALA TERENGGANU, 20 MAC 2014. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah setulus ikhlas menyumbang bagi membantu mangsa banjir di Kemaman akhir tahun lepas. Amal Terengganu Terengganu telah mengambil perjalanan amanah ini dengan membina semula 3 buah rumah mangsa banjir yang asalnya musnah secara total. Keseluruhan perbelanjaan untuk membina rumah baru adalah lebih RM170,000. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Semoga dengan segala usaha yang telah disumbangkan mendapat reda Allah jua. Kredit yang tidak terhingga kepada pengurus projek ini iaitu En Ismail Harun yang juga merupakan wakil kawasan Kemaman Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Maybank Islamik, Syarikat Sabasun dan Papisma, penyumbang utama dalam menyiapkan rumah tersebut.

No comments:

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal