KUALA TERENGGANU, 20 MAC 2014. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah setulus ikhlas menyumbang bagi membantu mangsa banjir di Kemaman akhir tahun lepas. Amal Terengganu Terengganu telah mengambil perjalanan amanah ini dengan membina semula 3 buah rumah mangsa banjir yang asalnya musnah secara total. Keseluruhan perbelanjaan untuk membina rumah baru adalah lebih RM170,000. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Semoga dengan segala usaha yang telah disumbangkan mendapat reda Allah jua. Kredit yang tidak terhingga kepada pengurus projek ini iaitu En Ismail Harun yang juga merupakan wakil kawasan Kemaman Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Maybank Islamik, Syarikat Sabasun dan Papisma, penyumbang utama dalam menyiapkan rumah tersebut.
Monday, March 31, 2014
Monday, March 3, 2014
Ambil Tindakan Keras atas Individu yang Hina Al Quran
Amal Terengganu memandang serius atas kejadian merosakkan dan membuang mashaf Al Quran ke atas lantai dan dalam tandas sepertimana yang berlaku di Masjid Limbungan Besut awal pagi tadi. Kejadian ini amat menyedihkan dan boleh menimbulkan pelbagai reaksi buruk dalam masyarakat Terengganu yang majoritinya muslim.Amal Terengganu menggesa kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri mengesahkan kejadian tersebut dan seterusnya menjalankan siasatan yang terperinci. Jika ianya benar berlaku, tindakan undang-undang wajib dikenakan kepada individu atau kumpulan yang terbabit. Kejadian sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara yang mempunyai semangat toleransi yang tinggi antara agama.
Saturday, December 14, 2013
Amal Terengganu berangkat ke sempadan Jordan-Syiria
Alhamdulillah... Operasi banjir Yayasan Amal malaysia Cawangan
Terengganu hampir mencapai sasaran. Kini sedang menumpukan Projek
Memberi Bantuan kepada Pelarian Syria di Jordan.
Alhamdulillah...tiket ke Jordan telah diperolehi. Sekarang masa untuk menggempur dan merayu seluruh penderma budiman untuk bersama menyumbang kepada saudara kita di Jordan (SYRIA).
Cuba bayangkan, kalau setiap yang membaca Rayuan ini menyumbang RM 10 sahaja... Saya sendiri mempunyai 2500 friends....maknanya insyallah Friends saya akan menyumbang RM 25 000 untuk saudara Syria kita di Jordan. Kalau setiap Friends saya share pulak kepada Friends mereka.... Insyallah RM 100 000 akan berjaya di pungut..... Mungkin RM 10 bagi anda tiada nilainya...tapi SANGAT BERMAKNA bagi saudara Syrian kita di Jordan...Bantulah mereka demi SEBUAH KEHIDUPAN.
Jordan sedang dilanda musim Salji yang paling teruk dalam sejarah. Menyumbanglah kepada tabung Syria di Bank Islam 130 170 182 4108 Atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.
www.facebook.com/amalterengganu
Alhamdulillah...tiket ke Jordan telah diperolehi. Sekarang masa untuk menggempur dan merayu seluruh penderma budiman untuk bersama menyumbang kepada saudara kita di Jordan (SYRIA).
Cuba bayangkan, kalau setiap yang membaca Rayuan ini menyumbang RM 10 sahaja... Saya sendiri mempunyai 2500 friends....maknanya insyallah Friends saya akan menyumbang RM 25 000 untuk saudara Syria kita di Jordan. Kalau setiap Friends saya share pulak kepada Friends mereka.... Insyallah RM 100 000 akan berjaya di pungut..... Mungkin RM 10 bagi anda tiada nilainya...tapi SANGAT BERMAKNA bagi saudara Syrian kita di Jordan...Bantulah mereka demi SEBUAH KEHIDUPAN.
Jordan sedang dilanda musim Salji yang paling teruk dalam sejarah. Menyumbanglah kepada tabung Syria di Bank Islam 130 170 182 4108 Atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.
www.facebook.com/amalterengganu
Sunday, December 8, 2013
Bantuan Barangan Harian dan Baju Persekolahan Amat diperlukan
Suasana banjir di kemaman semakin memilukan. Ramai mangsa "Crying for
Help!". Ramai yang datang mengadu bahawa mereka menjadi mangsa dan
hidup sehelai sepinggang. Rumah habis ditenggelami banjir. Kereta rosak,
pakaian dan rumah kotor penuh dengan lumpur.
Tiada bahasa lain yang boleh kami gambarkan.
Pihak Yayasan Amal Malaysia telah membuka satu pusat pengumpulan di Kemaman.
Tiada bahasa lain yang boleh kami gambarkan.
Pihak Yayasan Amal Malaysia telah membuka satu pusat pengumpulan di Kemaman.
Thursday, December 5, 2013
Banjir semakin parah, bantuan anda diperlukan
Situasi banjir di seluruh Terengganu semakin membimbangkan. Berita yang baru diterima menyatakan seluruh Kampung Air Putih Kemaman telah tenggelam. Semua mangsa sudah dipindahkan di tempat yang selamat. Beberapa jalan utama di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu juga terputus. Tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terbabit. Kami menasihatkan seluruh rakyat Terengganu mengawasi harta, dokumen penting dan keluarga dari terlibat dalam sesuatu bencana yang tidak diingini.
Sehubungan dengan itu juga, bantuan segera telah diaturkan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu untuk disampaikan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Jabatan Amal setiap kawasan yang terbabit. Semoga dengan sedikit sumbangan yang akan disampaikan itu, akan mengurangkan beban mereka yang menanggung musibah ini.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu juga dengan ini melancarkan kutipan derma banjir. Kami memohon seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia amnya yang prihatin bersama-sama merasai lapar dan dahaga dalam kesejukan musim banjir ini, untuk menghulurkan sedikit bantuan yang termampu.
InsyaAllah semua kutipan tersebut akan diserahkan kepada mangsa yang terbabit. Sayugia Segala bentuk sumbangan dimasukkan ke akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu bernombor 513014036939.
Segala maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Pengerusi Amal Negeri Terengganu Dr Hj Suhazeli bin Abdullah (0199563653 / suhazeli@yahoo.com) atau Bendahari En Wan Azhar Sulaiman (0129810956)
Dr Haji Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Cawangan TerengganuFriday, November 29, 2013
Kursus Pengurusan Organisasi
AMPANG PECAH; 29 Nov hingga 1 Dis 2013: Satu kursus Pengurusan Organisasi telah diadakan oleh Yayasan Amal Malaysia Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu tidak terlepas menghantar peserta ke kursus tersebut. Kursus ini bagi memantapkan lagi perjalanan Yayasan Amal Pusat dan Negeri-negeri.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
