
Justeru misi pertama Yayasan Amal ke Gaza akan berlepas pada 15 hb Dec ini. Misi ini adalah misi rehabiltasi dan bantuan perubatan kepada penduduk Gaza selepas serangan bertubi tubi dari Israel minggu lepas.
Serangan tanpa peri kemanusiaan tersebut telah menyebabkan 120 orang syahid. Separuh dari mereka yang syahid itu adalah wanita dan kanak kanak. Lebih dari 1000 orang cedera yang memerlukan bantuan perubatan segera.
Yayasan Amal Malaysia akan bergabung dengan beberapa NGO tempatan bumi Gaza demi memberi bantuan sekadar yang mampu dalam misi kali ini.
Saya menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi pihak Yayasan Amal Malaysia. No akaun BIMB Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu 13017010824095
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Terengganu
30 November 2012