Yayasan
Amal Malaysia adalah salah sebuah Bada Bukan Kerajaan (NGO) yang
berusaha membebaskan umat Islam dan bumi Palestin terutama Gaza dari
'cengkaman' tangan khianat regim Zionis Israel.
Justeru misi pertama Yayasan Amal ke Gaza akan berlepas pada 15
hb Dec ini. Misi ini adalah misi rehabiltasi dan bantuan perubatan
kepada penduduk Gaza selepas serangan bertubi tubi dari Israel minggu
lepas.
Serangan tanpa peri kemanusiaan tersebut telah menyebabkan
120 orang syahid. Separuh dari mereka yang syahid itu adalah wanita dan
kanak kanak. Lebih dari 1000 orang cedera yang memerlukan bantuan
perubatan segera.
Yayasan Amal Malaysia akan bergabung dengan
beberapa NGO tempatan bumi Gaza demi memberi bantuan sekadar yang mampu
dalam misi kali ini.
Saya menyeru kepada sesiapa yang berminat
untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi pihak Yayasan Amal
Malaysia. No akaun BIMB Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
13017010824095
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Terengganu
30 November 2012
1 comment:
Assalamu'alaikum.
Misi ke Gaza dah berlepas ke?
Post a Comment