Saturday, December 14, 2013

Amal Terengganu berangkat ke sempadan Jordan-Syiria

Alhamdulillah... Operasi banjir Yayasan Amal malaysia Cawangan Terengganu hampir mencapai sasaran. Kini sedang menumpukan Projek Memberi Bantuan kepada Pelarian Syria di Jordan.

Alhamdulillah...tiket ke Jordan telah diperolehi. Sekarang masa untuk menggempur dan merayu seluruh penderma budiman untuk bersama menyumbang kepada saudara kita di Jordan (SYRIA).

Cuba bayangkan, kalau setiap yang membaca Rayuan ini menyumbang RM 10 sahaja... Saya sendiri mempunyai 2500 friends....maknanya insyallah Friends saya akan menyumbang RM 25 000 untuk saudara Syria kita di Jordan. Kalau setiap Friends saya share pulak kepada Friends mereka.... Insyallah RM 100 000 akan berjaya di pungut..... Mungkin RM 10 bagi anda tiada nilainya...tapi SANGAT BERMAKNA bagi saudara Syrian kita di Jordan...Bantulah mereka demi SEBUAH KEHIDUPAN.

Jordan sedang dilanda musim Salji yang paling teruk dalam sejarah. Menyumbanglah kepada tabung Syria di Bank Islam 130 170 182 4108 Atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu. 



www.facebook.com/amalterengganu


No comments:

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal