Monday, March 3, 2014

Ambil Tindakan Keras atas Individu yang Hina Al Quran

Amal Terengganu memandang serius atas kejadian merosakkan dan membuang mashaf Al Quran ke atas lantai dan dalam tandas sepertimana yang berlaku di Masjid Limbungan Besut awal pagi tadi. Kejadian ini amat menyedihkan dan boleh menimbulkan pelbagai reaksi buruk dalam masyarakat Terengganu yang majoritinya muslim.
Amal Terengganu menggesa kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri mengesahkan kejadian tersebut dan seterusnya menjalankan siasatan yang terperinci. Jika ianya benar berlaku, tindakan undang-undang wajib dikenakan kepada individu atau kumpulan yang terbabit. Kejadian sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara yang mempunyai semangat toleransi yang tinggi antara agama.

No comments:

Sukarelawan Amal

Sukarelawan Amal
Sukarelawan Amal